NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ulasan Muzik muzik Separuh Akhir 2011 Minggu Pertama
#1
Juara Lagu 2011 Separuh Akhir Minggu Pertama

Salam Semua..

Minggu lepas dah pun berlangsung Saringan pertama Muzik-Muzik 2011 yang menampilkan 11 buah lagu yang hebat-hebat. Kalau nak ikutkan, tahun ini lebih banyak pilihan lagu yang hebat sehinggakan kita pun sukar nak menjangkakan lagu mana yang akan layak ke Anugerah Juara Lagu pada tahun ini (Biasanya akan dilangsungkan pada awal tahun berikutnya).

Berdasarkan Top 5 minggu lepas sebenarnya memang mengikut ramalan saya. Saya telah menjangkakan bahawa lagu nyanyian Nubhan – Mata Hati, Yuna – Gadis Semasa, 3 Diva hebat (Ning Baizura, Sheila Amzah dan Jaclyn Victor) – Beribu Sesalan, Hafiz – Awan Nano, dan Alyah – Kisah hati akan mendapat markah tertinggi pada minggu pertama. Lagu-lagu yang lain pun hebat-hebat. Just saya tak berapa puashati ada sebahagian artis yang menyanyi seperti tidak bersungguh-sungguh dengan penyampaian Vokal yang tidak memuaskan.

Namun begitu, ada sedikit isu pada minggu pertama yang telah dibangkitkan oleh sebilangan peminat muzik tanah air. Pertamanya tentang pencipta lagu Alyah iaitu Kisah hati. Alyah sendiri memberitahu beliau tidak tahu siapakah sebenarnya empunya nama “Manusia Putih” yang mencipta lagu tersebut namun beliau memaklumkan beliau sangat tertarik dengan lagu Kisah Hati dan gembira menyanyikannya. Setelah diselidik, rupanya pemilik nama “Manusia Putih” merupakan Adi daripada kumpulan Six Sense.

Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa Adi merupakan warga Negara Indonesia meskipun beliau menganggotai Kumpulan Six sense yang ditubuhkan di Malaysia. Kita juga dah sedia maklum kumpulan Six Sense sudah beberapa kali menyertai Anugerah Juara Lagu sebelum ini. Akan tetapi saya tak ingat pencipta lagu yang dinyanyikan oleh mereka sama ada dicipta oleh anggota kumpulan mereka sendiri atau komposer tempatan lain.

Saya berharap lagu kisah hati layak meskipun agak melanggar tradisi muzik-muzik atau juara lagu seperti sebelum ini. Sebab saya sangat meminati lagu tersebut kerana ia merupakan sebuah lagu yang hebat. Kalau nak ikutkan, pencipta lagu beribu sesalan juga dikatakan bukan warga Negara Malaysia tetapi komposernya telah mendapat taraf PR (Permanent Resident). Kita tunggu dan lihat sahaja Ok.

Untuk saringan minggu kedua yang sebenarnya baru sahaja berlangsung malam tadi, hanya dua lagu sahaja yang menepati ramalan saya. Agak kecewa sebab ada diantara lagu tersebut bagi saya tak begitu minat akan tetapi Berjaya tapi dapat TOP 5. Biasalah juri punya penilaian lain dengan kita. Mereka ada kriteria pilihan mereka sendiri tak semestinya perlukan lagu yang sedap dan Vokal yang memukau.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Senarai Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik muzik AJL 28 2013 Mr.Pingu 0 2,544 11-05-2013, 02:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  keputusan penuh Muzik-muzik 2012 Final (AJL 27) Mr.Pingu 1 4,391 01-07-2013, 12:25 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai lagu layak ke Final AJL Muzik muzik 2012 Mr.Pingu 0 6,880 11-25-2012, 11:21 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Separuh AJL 27 Muzik Muzik Mr.Pingu 0 2,839 11-18-2012, 06:55 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Konsert Akhir Mania: Ulasan duet Hafiz Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 3,316 05-20-2012, 06:15 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ulasan Separuh Akhir ketiga Muzik Muzik 2011 Mr.Pingu 0 2,545 12-02-2011, 11:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  12 Lagu layak ke Final Muzik Muzik ke 26 2011 Mr.Pingu 0 3,635 12-02-2011, 10:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Separuh Akhir Muzik Muzik 2011: Jac bakal mengalunkan sedetik lebih? Mr.Pingu 0 2,382 11-23-2011, 08:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  [Ramalan] Senarai calon Separuh Akhir Muzik-muzik 26 (2011) Mr.Pingu 3 6,396 10-28-2011, 02:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  AIM 2011: Senarai Penuh calon akhir Mr.Pingu 0 2,766 10-11-2011, 05:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sepintas Separuh Akhir Muzik-Muzik Saringan pertama Mr.Pingu 0 2,152 11-11-2010, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran Mr.Pingu 1 2,988 11-06-2010, 02:01 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)