Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Album 3 Suara - Shila OIAM, Ning Baizura, Jaclyn Victor

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Album 3 Suara - Shila OIAM, Ning Baizura, Jaclyn Victor
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-30-2011, 06:26 PM

Mendengarkan single pertama daripada Album ini yang bertajuk dimana-dimana, memang terus menangkap halwa telinga. Gabungan yang cukup baik dari ketiga-tiga penyanyi. Vokal Ning Baizura amat memikat hati saya kerana cukup berbeza dengan trademark Sopranonya tetapi cukup bagus dilontarkan. Shila juga cukup menyerlah dalam lagu ini. Jac bagaimanapun muncul seperti kebiasaannya. Ketiga-tiga suara kedengaran seimbang. disini saya akan berkongsi sedikit info tentang album ini. Lagu-lagu yang terkandung dalam Album ini ialah:

ALBUM:
Exec Prod: Kevin CHin & Alwyn Santiago
Prod: Irwan Simanjuntak, Paul Morrison, Kevin CHin n Alwyn Santiago

IT'S A BEAUTIFUL LIFE
Song n lyrics: Irwan Simanjuntak

MENARI DALAM HUJAN
Song: Kevin Chin | Lyrics:Tinta

SEMUA ISI HATIMU
Song n lyrics: Irwan Simanjuntak

DIMANA DIMANA
Song n lyrics: Irwan Simanjuntak

BERIBU SESALAN
Song: Kevin Chin | Lyrics: Tinta

HANYA SATU
Song n Lyrics : Kevin Chin

MENGENANG MU
Song : Kevin Chin | Lyrics: Tinta

TOMORROW'S CALLING
Song n Lyrics: Paul Morrison

TEMAN
Song: Alwyn Santiago | Lyrics: Tinta
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran
11-06-2010 3,082 Views 1 Replies
Datuk Siti Nurhaliza - Nobody Else (Sedutan lagu Album baru)
Datuk Siti Nurhaliza - Nobody Else (Sedutan lagu Album baru)
04-06-2011 5,345 Views 1 Replies
SERAM : DURJA NINGSUNG [KHAMIS, 9.30pm @ TV3]
SERAM : DURJA NINGSUNG [KHAMIS, 9.30pm @ TV3]
08-17-2010 2,075 Views 0 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 15,909 Views 22 Replies
Nama Manusia terpanjang di dunia
Nama Manusia terpanjang di dunia
07-23-2012 1,739 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
03-30-2011, 06:26 PM
ULASAN ALBUM

‘3 Suara’ adalah hasil kerjasama antara tiga penyanyi hebat negara, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Hamzah. Buat julung kalinya, mereka bertiga ini digabungkan dalam sebuah album khas yang mengandungi 10 buah lagu. Setiap lagu di dalam album ini dinyanyikan secara berkumpulan dan tiada nyanyian solo daripada mana-mana penyanyi yang terlibat.

Bagaimana agaknya nak menggabungkan tiga orang penyanyi bersuara tersendiri dalam 10 buah lagu yang berbeza? Sememangya satu kerja seni yang berat. Pihak produksi perlu memastikan ketelitian dalam penghasilan lagu supaya sesuai dengan tona suara dan persembahan setiap penyanyi itu dan hasilnya haruslah mencapai tahap kualiti yang sepatutnya.

Satu perkara yang mengkagumkan tentang album ini ialah ianya mempunyai semua yang diperlukan. Setiap lagu diterbitkan secara sempurna dengan melodi yang indah dan dipersembahkan dengan mantap oleh ketiga-tiga penyanyi ini. ‘It’s A Beautiful Life’ merupakan lagu pembukaan album yang sungguh menarik dan akan memberikan pendengar sedikit idea tentang arah dan kualiti album ini. Ianya sebuah berbahasa Melayu yang bertenaga dan pasti akan membuat pendengar turut sama menari.

Kemudian diikuti pula dengan ‘Menari Dalam Hujan’ yang juga merupakan sebuah lagu rancak. Lagu ini mempunyai elemen muzik 70 an yang kuat. Begitu juga dengan lagu ‘Hanya Satu’. Kedua-dua lagu ini seakan mengambil inspirasi muzik disko pada zaman tersebut, dan mengingatkan saya akan rentak lagu ‘Dancing Queen’ dendangan kumpulan ABBA.

Single pertama album ini ‘Dimana Dimana’ adalah sebuah lagu gabungan muzik R&B dan latin yang mantap. Jikalau anda menggemari lagu dendangan J.Lo ‘If You Had My Love’, lagu ini pasti akan membawa kembali memori sewaktu zaman kegemilangan muzik R&B sebegini.

‘Beribu Sesalan’ sememangnya antara lagu terbaik di dalam naskhah muzik ini. Trek ini menggabungkan susunan muzik yang amat gah dengan persembahan vokal yang begitu indah, penuh dengan emosi dan keikhlasan. Begitu juga dengan versi akustik lagu ini. Minimal tapi sungguh memukau. Kehebatan ketiga-tiga penyanyi ini diteruskan di dalam 3 lagu balada yang lain. ‘Seisi Hatimu’, ‘Teman’ dan ‘MengenangMu’ adalah epitome bagaimana lagu-lagu balada besar harus dipersembahkan. Setiap lagu mempunyai ceritanya yang tersendiri dan setiap satunya dapat membuai perasaan pendengar.

‘Tomorrow’s Calling’ pula adalah sebuah lagu bahaha Inggeris yang melengkapkan album ini. Lagu ini berkisar tentang harapan agar dunia menjadi tempat yang lebih baik untuk anak-anak kita di masa hadapan. Sebuah lagu penuh dengan inspirasi yang akan membuat pendengar berfikir sejenak tentang mesej yang ingin disampaikan.

Secara keseluruhan, album ‘3 Suara’ adalah sebuah produk yang cemerlang dan wajar diketengahkan. Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah membuktikan bahawa sememangnya mereka layak dipilih untuk projek ini kerana berjaya memberikan persembahan vokal yang bertenaga dan harmoni yang memukau. Pujian juga harus diberikan kepada pencipta, penulis lagu dan pihak produksi kerana berjaya menghasilkan sebuah karya bertaraf dunia.

Album ini bakal berada di pasaran tidak lama lagi, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Selamat berhibur!

credit to : http://adiluqman.blogspot.com
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
03-30-2011, 06:27 PM
DALAM istilah vokal muzik biasa, berduet adalah paduan dua suara.

Bagaimana pula bunyi tiga penyanyi berlainan latar berpadu suara merakam album mendapat inspirasi muzik pop era 80-an? Untuk julung kali, 'trio' Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah atau Shila OIAM bergabung membentuk album bertajuk 3 Suara. Lebih menarik, album mula berada dalam pasaran hari ini 6 Januari. Dengan sembilan lagu baru termasuk satu lagu Inggeris, Tomorrow's Calling mengenai kepentingan menjaga kebajikan kanak-kanak sedunia.

Beberapa lagu lain, It's A Beautiful Life, Menari Dalam Hujan, Semua Isi Hatimu, Di Mana Di Mana, Hanya Satu, Mengenang Mu, Teman dan Beribu Sesalan yang juga dalam versi akustik.

Bercakap pada sesi pradengar 3 Suara di pejabat Sony Music di Solaris Dutamas, Damansara, baru-baru ini, Jaclyn berkata, kebanyakan lagu ada irama segar dan lirik menarik.

"Apakah 3 Suara mampu memikat pendengar golongan remaja dan dewasa? Ya. Saya yakin kerana banyak lagu menarik. Pada peringkat praproduksi, saya rasa seperti tidak kena, tetapi selepas keseluruhan proses rakaman siap, ia memang lain daripada lain.

"Apapun, album 3 Suara buah tangan terbaru untuk peminat kami. Ada stail balada, ada lenggok soul dan R&B yang membentuk kolaborasi mantap. "Proses studio sangat 'enjoy'. Tidak sangka konsep tiga vokal digabungkan berjalan lancar dan tiada siapa mendominasi satu sama lain. "Setiap lirik memang ada mesej terutamanya Mengenang Mu mendapat inspirasi kehilangan arwah Yasmin Ahmad dan legasi beliau dalam perfileman. Ada mengatakan 3 Suara adalah mengenai kegemilangan muzik Melayu sekitar era 80-an dan 90-an yang diberi nafas baru. "Bagi saya, 3 Suara mengenengahkan bunyi cergas. Ia evolusi muzik datang dan pergi dan pusingan itu kini kembali," kata Jac.

Ning tidak hadir sesi berkenaan kerana berada di United Kingdom. Difahamkan, proses rakaman album siap selama lima bulan sejak dimulakan Mac tahun lalu. Lagu-lagu ciptaan Kevin Chin serta produser Indonesia, Irwan Simanjuntak bersama penulis lirik seperti Paul Morrison, Aylwin Santiago, Karmila Hussin, Tinta termasuk gitaris, Jamie Wilson. Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, Adrian Lim berkata, album 3 Suara menampilkan tiga penyanyi yang berstail 'groove'.

"Dengan konsep berlainan baru tiga vokalis, album menggabungkan elemen disko, dangdut dan balada yang sangat popular di rantau ini. "Kami merangka 3 Suara bagi mengembalikan semula irama muzik pernah kita pelopori. Masanya sudah tiba untuk memperbaharui irama lagu Melayu popular 30 tahun lalu. Bahkan, kami merancang membuat video klip 3 Suara untuk memperkenalkannya ke luar negara. "Buat masa ini, Sony mencetak sebanyak 3,000 edisi pertama album yang menemui peminat pada 6 Januari 2011 (hari ini)," katanya.

Shila berkata, 3 Suara membuka peluang bergandingan bersama dua penyanyi hebat dalam kategori masing-masing.

"Pengalaman dalam studio menarik. Tiada jurang kerana setiap orang menghormati satu sama lain. Saya tidak sabar menunggu reaksi peminat. Ini pengalaman sekali dalam hidup bergandingan bersama dua kakak senior, Ning dan Jac yang bersikap profesional sepanjang proses rakaman.

"Bagi Shila, 3 Suara akan menjadi platform pembaharuan kualiti vokal dan karier. Ini peluang terbaik meningkat ke tahap lebih tinggi berbanding 10 tahun lalu.

"Saya bertuah kerana produser, Irwan (Simanjuntak) pemuzik hebat. Dia pernah menghasilkan album Glenn yang kebetulan penyanyi saya minati. Saya berdoa 3 Suara dapat diterima kerana album solo hanya kelompok tertentu tetapi apabila bergabung, pasaran lebih besar.

"Malah, ayah ND Lala mendengar 'rough mix' album berasa bangga. Baginya, kami bertiga ada stail sendiri, jadi apabila digabungkan, ia unik," kata Shila.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#4
03-30-2011, 06:29 PM
Sudah lebih setahun pengarah wanita tersohor, Yasmin Ahmad meninggalkan kita. Namun ramai yang masih belum melupakan hasil karyanya seperti "Sepet", "Mukhsin", "Talentime" dan banyak lagi yang ternyata memberi impak besar kepada mereka. Malah buat mereka yang pernah bekerja di bawah arahan Allahyarham, ia bagaikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Masih segar di ingatan apabila TUPAI sempat bertemu Ning Baizura di majlis prebiu "Muallaf" untuk media yang nyata cukup gembira bekerja bersama Allahyarham walaupun diberikan watak kecil. Malah pengarah tersebut turut mencungkil bakat penyanyi Jaclyn Victor atau lebih selesa dipanggil Jac dan membawanya ke dunia lakonan melalui filem "Talentime".

Melalui album "3 Suara" yang menyaksikan kerjasama antara Ning, Jac dan penyanyi muda Shila Amzah, sebuah lagu ciptaan Kevin Chin dan lirik oleh Tinta berjudul "Mengenang Mu" telah dibuat bagi mengenangkan jasa Allahyarham dalam industri perfileman ini.

Bagi Ning dan Jac, lagu tersebut membawa seribu makna buat mereka memandangkan kedua penyanyi popular ini pernah bekerja bersama Allahyarham.

Menurut Kevin Chin ketika ditemui di majlis pra-dengar album "3 Suara" yang diadakan di pejabat Sony Music Malaysia Entertainment baru-baru ini, lagu "Mengenang Mu" seakan-akan seperti soundtrack filem.

"Lagu ini adalah sebuah hadiah dan penghargaan kepada pengarah yang tidak akan ada penggantinya. Kehilangan Yasmin dan legasi beliau dalam industri ini akan sentiasa dikenang sampai bila-bila," kata Kevin.

"3 Suara" yang merupakan sebuah album berkonsepkan muzik Melayu sekitar tahun 80-an dan 90-an ini akan berada di pasaran pada 6 Januari akan datang.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Vokal Terbaik AJL 26 milik Jaclyn Victor? Mr.Pingu 0 2,034 12-07-2011, 05:58 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 03:58 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend