06-04-2019, 08:55 AM
Aku dari kecil percaya bahawa bulan puasa tak ada hantu. Itu yang sering diperkatakan orang. Semua syaitan hantu kena ikat. Jadinya apabila tiba bulan ramadan memang perasaan takut keluar malam ke tinggal sorang sorang tu takde.
Namun, beberapa tahun lepas aku mula meragui perkara ini apabila berlaku kejadian pelik di rumah sewa aku pada bulan puasa. Rasa macam ada sesuatu gangguan dalam rumah. Aku fikir positive sahaja.
Aku juga pernah terbaca artikel pengalaman seorang selibriti ini diganggu hantu pada bulan puasa. Masa baca tu aku pelik sebab selama ini dah dibasuh fikiran bahawa bulan puasa takde hantu.
Kemudian baru baru ini aku ada baca artikel yang seorang penjual makanan di bazar ramadan terserempak hantu pocong ketika ingin mengundurkan kenderaannya. Jelas bahawa makhluk bernama hantu ini masih wujud pada bulan ramadan.
Kemungkinan maksud syaitan dibelenggu itu adalah syaitan yang menghasut manusia berbuat jahat sahaja yang dibelenggu dan dihalang dari mengganggu manusia. Namun, mereka masih ada. Juga golongan jin. Mungkin juga hantu hantu ini dikalangan jin yang ingin bergurau.
Wallahualam