Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › PeLaNCoNGaN v
1 2 Next »

Melancong ke Bandung Indonesia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Melancong ke Bandung Indonesia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-16-2019, 11:00 AM (This post was last modified: 07-22-2019, 11:44 AM by Mr.Pingu.)
Sebenarnya saya baru pulang daripada Bandung,  Indonesia. Bukanlah atas sebab melancong tetapi lawatan rasmi. Disamping itu kita berjalan-jalan melihat sekitar Bandar tersebut.

Bandung memiliki suhu yang sejuk seperti Cameron Highland saat saya disana. Saya tidak pasti apakah suhu sejuk ini sepanjang tahun atau kebetulan semasa saya sampai. Setahu saya, Pulau Jawa memang unik kerana campuran antara iklim Khatulistiwa dan juga Monsun Sederhana.

Bandung secara am nya bandar yang cukup sesak dengan kenderaan yang banyak. Namun, saya kagum kerana ramai sukarelawan yang bertindak membantu mengawal lalulintas.

Banyak syurga membeli belah di Bandung. Namun saya tidak mengingat nama-nama tempat saya pergi. Jika tidak silap, saya ada melawat Pasar Baru. Di sana banyak pakaian murah dan lain lain barang dijual pada harga murah.

Saya juga ada melawat Kartika Sari, tempat dimana pelbagai kek, keropok dan lain-lain lagi. Banyak juga makanan yang saya borong.

Satu tempat yang saya rasa menarik ialah "Floating Market" atau pasar terapung. Disana ada seperti mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan seperti angsa, arnab, ikan dll. Pelbagai jenis tumbuhan juga boleh didapati di sana. Ada juga permainan yang disediakan. Dan paling penting, jangan lepaskan peluang untuk makan di Floating Market. Pelbagai juadah dijual di sana.

Itu sedikit yang saya dapat kongsikan. Saya sempat melawat ke Telkom University dan Juga Institut Teknologi Bandung yang merupakan kampus Universiti yang cukup indah.

Harapnya dapat sampai ke sana lagi.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Cakra Khan: Harus Terpisah (Lirik lagu indonesia popular muzik video youtube)
Cakra Khan: Harus Terpisah (Lirik lagu indonesia popular muzik video youtube)
04-05-2013 6,342 Views 4 Replies
Melancong ke United Kingdom: Edinburg Kota Klasik
Melancong ke United Kingdom: Edinburg Kota Klasik
04-02-2013 4,308 Views 3 Replies
Sukhoi Superjet airliner crashed in Indonesia
Sukhoi Superjet airliner crashed in Indonesia
05-18-2012 1,783 Views 0 Replies
Salam perkenalan TF
Salam perkenalan TF
12-02-2013 2,364 Views 1 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,794 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 03:26 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend