Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN |

>>> PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

BLOGLIST: | GEMPAKZ |  | LIRIK |  | KARAOKE |  | PROMOSI | | MR.PINGU |

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Khasiat buah delima
08-11-2010, 06:06 AM (This post was last modified: 07-10-2014 03:27 AM by Mr.Pingu.)
Post: #1
Khasiat buah delima
[Image: buah+delima.jpg]

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.

(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)
Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim

ARTIKEL LAIN BERKAITAN:

- BUAH MANGGA
- POKOK 30,000 TAHUN
- BUAH MIRIP ZAKAR
- BUAH ROSALLE

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote

JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<

03-03-2012, 05:27 AM
Post: #2
RE: Khasiat buah delima
Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

SUMBER

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
03-03-2012, 05:29 AM
Post: #3
RE: Khasiat buah delima
Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:

Khasiat Buah delima untuk kesihatan
Buah delima mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

Buah delima dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

Buah delima
Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

[b]Tip memilih buah delima[/b]
Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…

Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..

Fakta mengenai Buah delima
Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.

Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.

Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon. Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar. Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.

SUMBER: http://www.mummycute.com/2011/10/khasiat...ri-syurga/

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
03-03-2012, 05:31 AM
Post: #4
RE: Khasiat buah delima
Delima membantu menstabilkan kadar kolesterol
Peningkatan kolesterol jahat boleh menyebabkan risiko kesihatan yang merugikan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat. Keuntungan ini memperbaiki kesihatan.

Delima Memiliki Kandungan Antioksidan yang Tinggi
Delima mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding wain merah dan teh hijau. Jika anda memerlukan sumber antioksidan dalam kehidupan sehari-hari, anda perlu pastikan itu adalah antioksidan terbaik. Delima merupakan sumber antioksidan terbaik.

Delima Melawan Penyakit Jantung
Delima membantu meningkatkan peredaran darah. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri dari serangan penyakit jantung. Berdasarkan kajian terkini, kandungan antioksidan jus delima membantu mengurangkan pembentukan lemak di dinding arteri. Antioksidan membantu memperbaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoid'dan 'polyphenol', antioksidan yang dapat melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Untuk Stimulasi Disfungsi
Jus buah delima kaya antioksidan yang dapat meningkatkan aliran darah ke alat kelamin.

Delima Memperkuat Sistem Pertahanan Badan
Delima adalah pendekatan yang baik untuk melawan penyakit. Delima dapat meningkatkan pengedaran darah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah delima akan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan penyakit. Ini adalah langkah pertama untuk mengelakkan dari menjadi korban serangan jantung atau penyakit jantung.

Delima Mengurangkan Risiko Diabetes
Minum jus delima baik bagi pesakit diabetes dan menurunkan risiko masalah jantung. Satu penyelidikan baru mendapati bahawa pesakit diabetes yang minum jus buah delima selama 3 bulan dapat menurunkan kemungkinan aterosklerosis (atau pengerasan pembuluh darah).

Mencegah Kemasukan Virus HIV-1 dan Mikrobisida
Kajian menunjukkan jus delima menghalang kemasukaan virus HIV-1 ke dalam tubuh. Ia juga dapat menahan serangan virus dari jenis A hingga G dan kumpulan O.

Mencegah Kanser Kelenjar Prostat
Ini hanya boleh dicapai dengan minum jus buah delima atau mengambil suplemen delima. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa jus buah delima dapat mengurangkan pertumbuhan kanser prostat. Kebanyakan pesakit puas hati dengan keputusan yang diperolehi di mana penggunaan delima dapat mengubati kanser.

Menentang Kanser Payudara
Penyelidikan terbaru mendapati bahawa minyak dari biji buah delima dapat memusnahkan sel-sel kanser tanpa menjejaskan payudara dan mempertahankan sel yang ada. Kajian lain di Universiti Chicago mendapati jus delima yang diperam dan minyak biji delima dapat membantu mencegah kanser payudara. Sebuah kajian di Wisconsin mendapati bahawa sari buah delima akan membantu mencegah pertumbuhan sel kanser kulit.

Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus buah delima mengandungi 'phytochemical' mendorong penerima serotonin dan estrogen, dapat memperbaiki sistem tekanan dan tulang. Antioksidan pada buah delima juga mengurangkan akumulasi sel-sel darah kotor secara semulajadi dan mengurangkan tekanan darah, faktor untuk mencegah serangan jantung dan stroke.

Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi sihat boleh diperolehi selain dari menggunakan perkhidmatan seorang doktor pakar. Ini boleh menghalang daripada kehilangan gigi.

Mencegah Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)

Para penyelidik dari Vanderbilt University Medical Center mengakui bahawa mereka yang minum jus buah delima untuk tiga kali atau lebih setiap minggu dapat mengurangkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer daripada mereka yang minum kurang dari satu sajian seminggu.

Melindungi Otak Bayi
Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi dalam buah adalah agen anti-inflamasi yang hebat. Ini akan mengurangkan bunyi dehitan pada pesakit asma.

Delima juga dapat mengelak penyakit gaut dan penyakit awal pagi (alahan ibu mengandung) juga mempercantik dan merawat kulit.

'Potassium' dalam delima cukup tinggi, selain dari mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, natrium, vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C, reaksi dengan natrium, menetapkan keseimbangan air tubuh dan menjaga degupan jantung untuk tetap normal (bagi ibu dan fetusnya). Dengan menjaga keseimbangan potassium-sodium menyokong kepekaan saraf dan otot berfungsi dengan betul (kajian mendapati rahim menjadi lebih kuat sesuai dengan sensitiviti gerakan untuk menyokong bayi dikandung), mencegah edema, dan mengurangkan gula yang beredar dalam darah (ibu pertama kalinya hamil atau kehamilan lebih dari 3 kali). Delima meringankan keletihan otot dan membolehkan bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

SUMBER: http://www.shashamohamed.com/2010/12/kha...elima.html

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook