Admin yakin sebagai anak tempatan, korang pasti pernah merasai keenakan buah manggis. Manggis dikenali sebagai permaisuri buah kerana buahnya yang manis dan bersifat sejuk, Kontra kepada durian yang bersifat Panas. Manggis mempunyai kulit berwarna kehitaman apabila benar-benar masak dan isi putih. Isi manggis manis penuh dengan air. Admin ada pokok manggis di rumah di kampung dan sempatlah memanjat dan memetik buah ini. Boleh layan short video admin tentang manggis di belakang rumah di kampung ni.
Note: Apabila balik kampung baru-baru ini, pokok manggis ini telah hilang (ditebang) oleh ayah. Katanya nak bagi pokok durian berdekatan membesar. Adoi.. sedihnya.


