NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Saintis berjaya tanam pokok hidup 30,000 tahun lalu
#1

Silene stenophylla

MOSCOW: Sekumpulan saintis berjaya menanam dan menghidupkan sejenis pokok yang tumbuh 30,000 tahun lalu, selepas menemui buah-buahan dan biji benihnya terperangkap di dalam salji di Siberia, lapor media.

Silene stenophylla adalah tumbuhan tertua yang pernah dihasilkan semula, kata penyelidik dan ia hidup subur, mengeluarkan bunga putih dan benih yang baik.

“Kami berpendapat perlu untuk meneruskan kajian permafros dalam mencari kolam purba genetik, iaitu kehidupan sedia ada, yang secara hipotisis sudah hilang sejak lama di permukaan bumi,” kata Ketua penyelidik, Svetlana Yashina dari Institut Biofizik Akademik Sains Russia.
Beliau berkata hasil penyelidikan berkenaan membuktikan bahawa permafros berfungsi sebagai depositori semula jadi bagi bentuk kehidupan purba.

Katanya, tumbuhan yang dihidupkan semula itu kelihatan sama dengan versi moden yang masih membesar di sesetengah kawasan di timur laut Siberia.

“Ia tumbuhan yang sesuai dan mampu menyesuaikan diri dengan baik,” katanya kepada Associated Press dalam temubual telefon dari bandar Pushchino di Russia.

Beliau menyuarakan harapan pasukannya mampu meneruskan kerja berkenaan dan menghidupkan semula lebih banyak tumbuhan baru. Hasil penyelidikan disiarkan jurnal ‘Proceedings of the National Academy of Sciences’ Amerika Syarikat.

Pasukan penyelidikan Russia itu menemui buah-buahan berkenaan selepas menyiasat berpuluh fosil sarang haiwan yang tersembunyi dalam deposit ais di tebing Sungai Kolyma di timur laut Siberia, mendap sejak 30,000 hingga 32,000 tahun.

ARTIKEL LAIN BERKAITAN:

- BUAH MANGGA
- BUAH DELIMA
- BUAH MIRIP ZAKAR
- BUAH ROSALLE
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Pokok-pokok menakjubkan di seluruh Dunia Mr.Pingu 0 2,254 08-08-2010, 10:39 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)