NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bajet 2012: Bonus, naik gaji, lanjut umur bersara untuk penjawat awam
#1
Quote:http://agendadaily.com

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan tiga berita gembira untuk penjawat awam iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata penjawat awam berumur antara 55 hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

"Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

"Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru," katanya.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

"Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus," katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember, katanya.

Najib berkata dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

"Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai SBPA, Perdana Menteri berkata sistem itu digubal dengan matlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

"Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja," katanya.

Beliau berkata di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu katanya, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Najib berkata di bawah SBPA mengikut kaedah 'time-based', seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat.

Bagi guru bukan siswazah pula dari gred 29 kepada 32 sekiranya mengikut sistem sekarang, ia memakan masa selama 10 tahun, tetapi di bawah skim baru, ia hanya mengambil tempoh lapan tahun.

"Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung kepada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah 'time-based' lapan tahun turut diterima pakai," katanya.

Beliau berkata di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Najib berkata kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung, malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

Beliau berkata tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

"Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama.

Najib berkata kerajaan juga menghargai khidmat dan jasa 4,300 kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

"Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak RM3,000 secara one-off," katanya.-7/10/2011
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kenaikan Gaji kakitangan Awam 2013 Mr.Pingu 0 2,274 03-13-2013, 04:42 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Separuh Gaji Penjawat Awam 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,156 07-26-2012, 03:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Hari Raya 2012 Kakitangan Kerajaan Mr.Pingu 0 2,398 07-21-2012, 04:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  SBPA 2012: Perang Kakitangan awam?? Mr.Pingu 0 2,371 12-23-2011, 03:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini Mr.Pingu 0 2,656 12-04-2011, 03:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  MALAYSIA BELANJA JUTAAN RINGGIT KEPENTINGAN PENJAWAT AWAM Mr.Pingu 0 1,783 12-04-2011, 03:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gaji Kakitangan Awam naik melalui sistem baru Mr.Pingu 1 3,657 10-09-2011, 12:38 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget 2012: Belanjawan 2012 ada kenaikan gaji kakitangan awam Mr.Pingu 0 3,763 10-08-2011, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget 2012: Belanjawan 2012 kakitangan awam bakal dapat durian runtuh Mr.Pingu 0 2,169 10-08-2011, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  1,086 penjawat awam muflis Mr.Pingu 0 1,878 03-03-2011, 01:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal Mr.Pingu 0 1,742 08-27-2010, 06:38 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)