Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 10 11 12 13 14 ... 24 Next »

AJL 26 - Persembahan terakhir Faizal Tahir sertai juara lagu

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
AJL 26 - Persembahan terakhir Faizal Tahir sertai juara lagu
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-30-2012, 03:54 PM
Walaupun memberikan persembahan hebat dengan membakar piano di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26), malam tadi, namun penyanyi terkenal, Faizal Tahir tidak dapat mempertahankan anugerah Persembahan Terbaik yang dimenanginya tahun lepas apabila trofi tersebut dirangkul oleh Alyah menerusi persembahan lagunya, Kisah Hati.

Bagaimanapun, pelantun lagu Karma ini tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau berjaya meraih tempat ketiga di AJL 26 sekaligus melayakkan beliau membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM 12,000.

“Saya kalau buat apa-apa memang tak pernah sasarkan untuk menang kerana bagi saya, yang penting ialah saya nak buat yang terbaik untuk peminat. Bila menang tempat ketiga, saya memang tak sangka. Bagi saya ini satu bonus dan saya rasa lega sangat.

“Malah, secara jujur, ini lebih dari apa yang saya jangkakan. Saya memang terkejut kerana saya tidak sangka langsung akan menang pada AJL kali ini,” ujar Faizal ketika ditemui sejurus selesai AJL 26, di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Ketika ditemui, Faizal turut mengejutkan semua pihak apabila membuat keputusan untuk menarik diri dari menyertai mana-mana pertandingan lagi selepas ini. Bagi yang tidak tahu, ini merupakan tahun kelima berturut-turut Faizal menyertai pertandingan AJL.

“Keputusan ini saya dah buat sebelum lagu Karma lagi. Kalau diikutkan tahun ini saya dah tak nak terlibat dengan mana-mana pertandingan, tapi disebabkan menghormati pihak produksi AJL, saya buat juga. Buat masa sekarang, ini akan menjadi AJL saya yang terakhir. Keputusan ini muktamad untuk sekarang tapi mungkin bukan untuk selamanya.”

Ditanya apakah sebab beliau membuat keputusan sedemikian, Faizal memberitahu, “Saya berada dalam industri ini sebab saya memang cintakan muzik. Muzik memang cantik dan mempunyai elemen kehidupan. Tapi, umur saya dah 34 tahun dan saya ada empat orang anak.

“Saya rasa apa yang terbaik buat masa ini adalah untuk fokus terhadap keluarga. Bagi saya, biar muzik saya yang buat kerja dan bersuara. Selain itu, apa yang lebih utama sekarang ialah konsert solo saya. InsyaAllah, saya akan buat dalam hujung tahun ini,” ujar Faizal yang turut akan terlibat sebagai Mentor bagi musim keenam.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Can't get enough of Siti
Can't get enough of Siti
08-17-2010 1,268 Views 0 Replies
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
11-09-2010 3,053 Views 0 Replies
baju dalam artis bersepah dalam hotel
baju dalam artis bersepah dalam hotel
11-03-2010 3,573 Views 2 Replies
Salam perkenalan TF
Salam perkenalan TF
12-02-2013 2,431 Views 1 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
03-26-2012 3,839 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu ke-28 2014 Mr.Pingu 3 3,952 04-21-2014, 08:04 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Aktiviti Seni Faizal Tahir 2012 Mr.Pingu 0 2,347 12-21-2011, 06:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir bersedia Hilang Peminat Mr.Pingu 0 1,782 11-09-2011, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir ingin bergerak sendiri Mr.Pingu 0 1,932 11-09-2011, 03:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Minyak Wangi dicipta Khas kerana faizal Tahir Mr.Pingu 0 2,330 05-23-2011, 01:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir Dapat Baby Girl Mr.Pingu 0 2,168 03-22-2011, 06:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Misi kemanusiaan Faizal Tahir Mr.Pingu 0 1,886 08-18-2010, 11:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Fenomena Faizal Tahir - Rakaman Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,587 08-13-2010, 03:16 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 03:08 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend