Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 12 13 14 15 16 ... 24 Next »

Faizal Tahir bersedia Hilang Peminat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Faizal Tahir bersedia Hilang Peminat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-09-2011, 03:26 PM
KUALA LUMPUR, 8 SEPT 2011: Penyanyi Faizal Tahir berani mengambil risiko terhadap penghasilan idea baru untuk album studio terbarunya walaupun dia sudah dapat menjangkakan bahawa dia bakal kehilangan peminatnya dengan tindakannya itu.

Begitupun, Faizal Tahir atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 33, dapat merasakan kemungkinan besar dia akan menerima peminat-peminat baru yang suka akan muzik terbaru yang dibawakannya nanti.

"Sukar untuk saya katakan bagaimana kelainannya. Genre pun saya tak dapat nak beritahu disini kerana muziknya sangat fresh dan baru tiada meniru mana-mana konsep sekalipun.

"Apa yang saya rasa dia pasti akan mengejutkan ramai pihak termasuk follower muzik saya kerana ia sangat berbeza daripada konsep yang saya bawakan sebelum ini. Directionnya juga lebih move forward.

"Apa yang saya buat ini bukan untuk mengecewakan peminat-peminat saya tapi hanya mahu mencuba sesuatu yang baru dan nak lari dari kebiasaannya," jelasnya kepada murai.com.my

Bukan niat mahu mengetepikan peminatnya tetapi menurut Faizal Tahir, dia berbuat demikian kerana tidak mahu terus berada dalam zon selesa dan mahu mengikut arus permodenan muzik semasa serta kematangan usianya.

"Saya harap peminat-peminat saya sekarang fahamlah dan berfikiran terbuka dengan perubahan itu. Lagipun bile usia meningkat ni saya mahu muzik yang matang dan boleh jadi evolusi dalam diri saya

"Walaupun saya dah jumpa formula kejayaan saya selama ini, tetapi apa salahnya saya mengmabil risiko untuk keluar dari comfort zone saya," tambahnya lagi.
Bercakap mengenai album barunya, Faizal memberitahu dia kini dalam proses menghasilkan dua album serentak iaitu satu album yang mendapat sentuhan komposer Audi Mok dan sebuah lagi dari Omar K.

"Pembikinan dua album ini masih diperingkat awal sebenarnya. Agak slow juga kerana saya tak mahu begitu rushing. Setakat ini semua material hamper siap, Cuma saya tidak merakamkan mana-mana lagu pun lagi.

"Tetapi dijangkakan pada akhir tahun ini saya akan keluar dengan dua single iaitu sebuah single dari album yang mendapat sentuhan Audi Mok dan satu lagi dari Omar K," katanya ketika ditemui selepas sidang media Suara Kami di Zouk KL, petang semalam.

Faizal bakal membuat persembahan dalam konsert Suara Kami di Stadium Merdeka pada 17 Spetember ini dengan sebuah lagu sahaja. Selain Faizal Tahir, artis lain yang turut terlibat adalah Yuna, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Psycho Unit serta beberapa artis antarabangsa iaitu kumpulan K Pop, Rania, Naresh Iyer (penyanyi India) dan Chinmayi (penyanyi Hong Kong).
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Misi kemanusiaan Faizal Tahir
Misi kemanusiaan Faizal Tahir
08-18-2010 1,837 Views 0 Replies
Kak Pah bertudung...... sebab sakit gigi?
Kak Pah bertudung...... sebab sakit gigi?
10-14-2010 1,511 Views 0 Replies
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
11-09-2010 3,000 Views 0 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,156 Views 8 Replies
Goreng menggorenggg dlm exam!!
Goreng menggorenggg dlm exam!!
05-14-2011 8,760 Views 17 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  AJL 26 - Persembahan terakhir Faizal Tahir sertai juara lagu Mr.Pingu 0 2,089 01-30-2012, 03:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Aktiviti Seni Faizal Tahir 2012 Mr.Pingu 0 2,313 12-21-2011, 06:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir ingin bergerak sendiri Mr.Pingu 0 1,881 11-09-2011, 03:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Minyak Wangi dicipta Khas kerana faizal Tahir Mr.Pingu 0 2,278 05-23-2011, 01:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faizal Tahir Dapat Baby Girl Mr.Pingu 0 2,128 03-22-2011, 06:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Misi kemanusiaan Faizal Tahir Mr.Pingu 0 1,837 08-18-2010, 11:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Fenomena Faizal Tahir - Rakaman Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,540 08-13-2010, 03:16 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 03:37 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend