ANDA INGIN MENGIKLANKAN SESUATU? BOLEH emailkan kepada ADMIN DI komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Salji Turun di Pontian Johor??
#1
PONTIAN 10 APRIL 2012 - “Bunyinya cukup menakutkan dan pak cik rasa seperti dunia hendak kiamat,” kata Zainal Abdullah, 67 ketika menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya di Pekan Sanglang dihujani dengan hujan air batu sebesar ibu jari kaki, di sini, petang kelmarin.

Berikutan kejadian kira-kira jam 5 petang itu, keadaan bumbung zink rumahnya berlubang-lubang dan kelihatan seperti dibaling batu.

Menurut Zainal, dia tidak menyangka hujan lewat petang itu adalah hujan air batu, sebaliknya hanya menyangka bunyi tersebut adalah bunyi dari lori yang menurunkan pasir di sebelah rumahnya.

Katanya, bunyi dari luar rumahnya semakin kuat sehingga menyebabkan dia tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri apa yang berlaku.

“Sebaik sahaja pintu dibuka, ais batu seperti pasir yang sungguh putih sudah memenuhi laman rumah dan pakcik terus beristighfar ketika itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Dia kemudiannya memanggil isterinya, Halijah Kulop Razak, 65 dan cucunya, Nabiatul Syafina Jazamuddin, 15, yang ketika itu berada di dapur untuk melihat hujan air batu tersebut.

Namun tidak lama selepas itu, hujan kembali lebat dan mendapati bunyinya semakin kuat seperti deruan ‘air terjun’.

“Pakcik terus memanggil makcik dan cucu berteduh di dalam bilik dan hanya duduk beristighfar meminta supaya hujan batu itu segera berhenti.

“Mujur bumbung zink di dua buah bilik di rumah ini sudah ditukar baru, jadi kami boleh berlindung di dalam bilik. Saya cuba menjenguk dari bilik apa yang berlaku di luar dan ketika itu, saya dapati bumbung rumah sudah berlubang-lubang.

“Kami sekeluarga dapat memegang ketulan air batu berbentuk kiub yang jatuh namun ia cepat cair. Ianya berlaku dalam tempoh kira-kira lima minit sebelum hujan lebat turun,” katanya

Katanya, pengalaman berhadapan dan melihat sendiri hujan air batu buat pertama kalinya pasti tidak akan dilupakan.

Sementara itu, Halijah memberitahu, ketika kejadian, dia sedang memasak burasak untuk disajikan kepada anak-anaknya pada hujung minggu.

Katanya, dia tidak menduga hujan lebat petang itu membawa sama hujan air batu sehingga menyebabkan dia meninggalkan dapur kerana takut dan bimbang.

“Niat hati mahu keluar untuk melihat tetapi bimbang ketulan itu akan mencederakan kami. Kami hanya nampak ia memutih di halaman rumah ini,” katanya.

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0

**RDIJA SIGNATURE, WEAR WITH PRIDE, KOLEKSI EXCLUSIVE **



Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kebakaran di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Mr.Pingu 0 670 10-25-2016, 03:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kembara Mahkota Johor 2014 Mr.Pingu 0 2,414 06-27-2014, 12:38 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Turunnya salji di Mesir dan Petanda Kiamat Mr.Pingu 1 1,275 04-16-2014, 04:19 PM
Last Post: llama
  Puting Beliung di Johor Bahru Mr.Pingu 0 1,150 12-18-2013, 10:27 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Fenomena Salji: Lebih banyak Keburukan daripada Kebaikan Mr.Pingu 0 1,751 03-07-2013, 11:07 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sultan Johor ampunkan 8 banduan sempena 1 Ramadan Mr.Pingu 0 1,408 07-21-2012, 01:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Baginda Tengku Mahkota Johor tampil beri kenyataan balas Mr.Pingu 0 2,529 05-29-2012, 12:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Muar Diistihar Bandar Diraja Johor Mr.Pingu 0 1,068 02-08-2012, 03:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sultan Johor ingatkan penuntut elak gejala tidak sihat Mr.Pingu 0 1,005 10-29-2011, 08:41 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Johor: 9 tahun masih tak siap Mr.Pingu 4 1,846 03-15-2011, 03:49 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)