Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 6 7 8 9 10 ... 24 Next »

Paru-paru Datuk Sharifah Aini terkena Jangkitan Kuman

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Paru-paru Datuk Sharifah Aini terkena Jangkitan Kuman
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
06-04-2012, 08:22 PM
Semalam sempat tengok Semi Final Mentor 6. Nampak kak Pah di kerusi juri. Apabila membaca bahawa beliau sakit paru-paru akibat jangkitan kuman dan ditahan di hospital saya rasa ragu-ragu. Rupanya beliau dibenarkan keluar sebentar untuk menjadi juri dengan ditemani jururawat peribadi. Semoga Kak Pah segera sembuh

Quote:
SHARIFAH AINI HAMPIR MENINGGAL DUNIA

Sharifah Aini Rasa 'Nak Mati' Ketika Di ICU

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru seperti hendak menemui ajal. Sharifah Aini atau Kak Pah berkata, penyakit yang telah pun merebak ke seluruh paru-parunya itu menyebabkan beliau sukar untuk bernafas sehingga beliau beranggapan ajalnya semakin hampir.

"Pada ketika itu, saya hanya fikir sudah sampai masanya untuk Allah mengambil nyawa ini dan pada masa sama saya berdoa agar sempat menemui anak lelaki saya iaitu Aliff Omar yang hendak pulang ke tanah air dari Madinah.

"Dan kalau boleh, biarlah Aliff yang menjadi imam untuk jenazah saya nanti. Alhamdulillah semua ini tidak berlaku seperti yang disangka kerana Allah ingin melanjutkan lagi usia saya.

"Biasalah, pada usia sebegini, kita akan pergi bila-bila masa dan saya reda tentang hal itu," katanya.

Sharifah Aini Masuk Hospital
Kak Pah yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Damansara, di sini, pada petang Ahad lalu telah dimasukkan ke ICU pada 21 Mei lalu dan lima hari selepas itu, beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari. Tambah Kak Pah, beliau akui kehidupan sehariannya yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak tiga tahun lalu membuatkannya jatuh sakit.

"Bayangkan, saya ditahan di hospital selama 15 hari dan ia merupakan jangka masa yang sangat lama. Alhamdulillah masa rehat itu membuatkan diri ini semakin pulih.
"Ia juga menyedarkan saya bahawa saya telah 'mendera' tubuh ini dengan bekerja keras tanpa memberi ruang untuk berehat," ujarnya.

Sharifah Aini Terus Jadi Juri Mentor
Dalam pada itu, Kak Pah juga bersyukur apabila pihak hospital turut memberi kelonggaran untuknya hadir ke program Mentor 6 sebagai juri dengan bantuan jururawat peribadi pada Ahad lalu.

"Komitmen sebagai juri Mentor 6 tidak dapat saya elak untuk tidak menghadirinya dan tak sampai hati membiarkan Datuk Ramli MS jadi juri seorang diri, lagipun saya masih larat. Apabila selesai, barulah saya kembali pulang ke hospital.

"Bagaimanapun, selepas Mentor 6, saya akan berehat selama lima bulan bagi mendapatkan rawatan lanjutan," tuturnya. -Mstar
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ziana Zain tercalon dalam FFM23
Ziana Zain tercalon dalam FFM23
10-01-2010 1,947 Views 0 Replies
Kereta Datuk Lee Chong wei.. mantaps
Kereta Datuk Lee Chong wei.. mantaps
08-07-2010 2,460 Views 0 Replies
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
10-31-2010 1,265 Views 0 Replies
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
Bila waktu Korang jadi pemalas hazabedah?
05-04-2011 39,001 Views 42 Replies
Whatchuwant ?? What is this ??
Whatchuwant ?? What is this ??
07-25-2012 10,101 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Datuk Siti Nurhaliza bimbang terkena Penyakit Kanser Rahim dan Kanser Payudara Mr.Pingu 0 2,284 12-05-2012, 12:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza dan datuk Sharifah Aini bertaut semula Mr.Pingu 0 1,817 08-19-2010, 01:18 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-17-2026, 05:45 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend