Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 ... 24 Next »

Datuk Siti Nurhaliza bimbang terkena Penyakit Kanser Rahim dan Kanser Payudara

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Datuk Siti Nurhaliza bimbang terkena Penyakit Kanser Rahim dan Kanser Payudara
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-05-2012, 12:30 PM
Bukan Datuk Siti je yang takut malahan semua orang lain terutamanya kaum wanita takut hal ini terjadi pada diri mereka. Untuk itu setiap orang perlu membuat persediaan dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam. Selain itu perlu juga membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan sebarang penyakit. Ok. Ikuti ulasan Datuk Siti tentang hal ini.

Quote:
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza meluahkan rasa takutnya terhadap pelbagai penyakit kanser terutamanya berkaitan dengan hal dalaman wanita.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 33, berkata, antara penyakit yang paling digeruni ialah kanser payudara dan rahim, di mana ia sebahagian daripada mahkota tubuh bagi setiap wanita.

"Jika dua organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia adalah organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling.

"Sebab itu saya begitu risau jika terjebak dengan kanser payudara dan rahim.

"Lebih-lebih lagi dengan kehidupan kita yang serba moden serta sering terdedah dengan makanan segera, penyakit-penyakit seperti ini lebih mudah menyerang kita," katanya.

Tambah Siti, walaupun belum terjebak dengan penyakit-penyakit itu, dia tetap membuat persediaan dengan menjalani ujian kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Malah, katanya, setiap wanita digalakkan untuk membuat ujian kesihatan terutama berkaitan dengan hal-hal penyakit wanita sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

"Risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit, bukan sahaja berkaitan kanser payudara dan rahim, semakin meningkat dengan peningkatan usia setiap individu.

"Malah, kadar kejadian dikatakan terus meningkat dengan mendadak dari tahun ke tahun akibat gaya hidup moden.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku sekarang ialah wanita di Malaysia segan untuk membuat pemeriksaan dan mereka hanya mendapat tahu yang mereka terkena dengan kanser selepas penyakit tersebut sudah berada di peringkat ketiga," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti juga bertegas supaya golongan wanita perlu melakukan rutin senaman kerana ia sedikit sebanyak dapat menaikkan imun pada tubuh badan.

"Pengambilan makanan tambahan juga amat penting. Jangan pandang remeh dengan perkara itu.

"Saya percaya, dengan rutin aktiviti harian yang sangat padat, ambillah masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk bersenam. Buatlah apa sahaja asalkan dapat mengeluarkan peluh.

"Alhamdulillah, sepanjang melakukan pelbagai penjagaan diri, saya belum mendapat sebarang penyakit lagi, tetapi itu bukan lesen untuk kita tidak meneruskan membuat pemeriksaan doktor," nasihat Siti.

Pada 30 November lalu, Siti telah mengadakan majlis makan malam amal, Pink Jazzy Affair 2012 bersempena dengan bulan kesedaran penyakit kanser payudara, Gleneagles Kuala Lumpur.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
11-03-2010 2,070 Views 0 Replies
25,000 saksi konsert kemuncak
25,000 saksi konsert kemuncak
08-22-2010 1,627 Views 0 Replies
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
10-24-2010 12,965 Views 17 Replies
Enaknya Coklat nyum nyum
Enaknya Coklat nyum nyum
01-09-2011 4,775 Views 7 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 18,008 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 1,113 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Nephiaxe bertemu Dato Seri Siti Nurhaliza Mr.Pingu 1 1,551 09-08-2019, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen Mr.Pingu 0 2,372 06-30-2014, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Lentera Timur Datuk Siti Nurhaliza dijual di Jepun Mr.Pingu 0 2,474 01-06-2014, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Penyanyi Berbakat Besar, Elyana Nafi mengidap penyakit kanser Mr.Pingu 0 1,859 07-29-2013, 04:32 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sekitar Persembahan Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvokesyen UTM 2012 Mr.Pingu 0 2,791 10-11-2012, 03:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Jum Follow Twitter Datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 2,600 10-10-2012, 01:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Paru-paru Datuk Sharifah Aini terkena Jangkitan Kuman Mr.Pingu 0 2,545 06-04-2012, 08:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  2012 Tuah Buat Datuk Siti Nurhaliza - Kehamilan pertama Mr.Pingu 1 6,868 03-30-2012, 02:42 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Penyanyi Philippines , Gary V mahu menumpang populariti Datuk Siti Nurhaliza? Mr.Pingu 0 2,756 10-13-2011, 11:34 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza terbit Realiti TV Tiru Gaya Artis Mr.Pingu 0 2,662 10-01-2011, 01:45 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza berpadu suara dengan Pit Bull, Alicia Keys dan Sean Kingston? Mr.Pingu 0 2,707 09-11-2011, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Nurhaliza menyertai Universal Music Malaysia Mr.Pingu 0 2,204 08-18-2011, 10:48 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza beli penthouse Lebih 20 juta! Mr.Pingu 0 2,672 05-25-2011, 08:07 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Shahir Di syaki Sakit Kanser Hati Mr.Pingu 8 8,692 04-04-2011, 11:57 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Doakan Datuk Sit Nurhaliza hamil dan menimang cahaya mata Mr.Pingu 0 4,710 02-09-2011, 08:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza, 16 Tahun di industri Seni Tanahair Mr.Pingu 0 2,451 01-19-2011, 02:04 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Happy Birthday ke 32 buat Datuk Siti NUrhaliza Mr.Pingu 0 2,967 01-11-2011, 01:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza belum terfikir untuk bersara menyanyi Mr.Pingu 0 1,844 12-13-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Props Siti Nurhaliza Kena Curi Mr.Pingu 0 3,877 12-08-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-10-2026, 01:14 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend