Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › MoMoK v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Kisah Seram Hantu di Kolej Matrikulasi

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kisah Seram Hantu di Kolej Matrikulasi
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-14-2012, 11:06 AM (This post was last modified: 01-31-2013, 02:36 AM by Mr.Pingu.)
Salam. Rasanya Mr.PiNGu tak pernah lagi cerita pasal kisah hantu di Matrikulasi ni. Beberapa kejadian ni benar-benar berlaku semasa saya menuntut di Matrikulasi tersebut sekitar tahun 2002-2003. Nama Kolej Matrikulasi tersebut terpaksa dirahsiakan demi untuk mengelakkan ketakutan kepada sesiapa.

Disebabkan ada beberapa cerita jadinya saya buat numbering maka mudah sikit nak cerita. Ikuti kisah seram yang pernah sampai di telinga saya daripada pihak pertama dan juga puhak kedua yang menghadapi pengalaman ini.

1) Kisah Hantu Pontianak
- Anda biasa dengar kisah pontianak. Biasa dengar kan? Pontianak kebiasaannya ditemui di kawasan sunyi dan hutan. Namun, kisah pontianak di Kolej Matrikulasi ini memang meletops keseluruhan kolej kerana ramai yang dapat melihatnya. Saya sendiri personally pernah mendengar hilaian pontianak tersebut dengan sayup-sayup mungkin kerana lokasinya yang agak jauh. Tidak mungkin ada orang yang mengilai seperti itu di tengah malam buta.

Kisah pontianak mengilai di sesi kuliah tambahan satu malam itu menjadi igauan ramai pelajar. Ketika kelas berlangsung, terdengar hilaian yang kuat daripada luar oleh pelajar-pelajar dan pensyarah. Pensyarah yang sedang mengajar tergerak untuk keluar sekejap menjenguk dan terkejut melihat ada pontianak berada di atas bumbung satu bangunan dan sedang mengilai. Namun begitu, pensyarah tersebut tidak menceritakan hal tersebut pada waktu itu dan meneruskan sesi kuliah seperti biasa namun menceritakan kejadian tersebut keesokan harinya.

2) Kisah Hantu Cina
- Kisah hantu cina yang didapati merayau-rayau di sekitar kolej kediaman pelajar wanita menjadi heboh sekitar awal 2003. Ketika itu ramai pelajar wanita ketakutan kerana kewujudan hantu cina tersebut. Untuk mengesahkan kewujudan hantu tersebut, seorang pensyarah yang juga warden asrama (bergelar ustaz) menjalankan pemantauan pada waktu malam dan bertuah kerana ternampak sendiri hantu cina tersebut yang bukan 1 tetapi ada 3. Dari mana dia datang Wallahualam. Cerita ini disampaikan sendiri oleh ustaz tersebut kepada saya dan rakan-rakan. Untuk menyelesaikannya, mereka telah melakukan bacaan yassin beramai-ramai dalam masa yang kerap untuk menghalau hantu tersebut.

3) Kisah pelajar wanita dicakar-cakar hantu
- Kisah pelajar dicakar-cakar hantu ini juga kecoh seketika. Ini berlaku apabila 4 orang pelajar wanita yang sedang tidur di bilik sama telah menerima kesan cakaran dan lebam-lebam di badan. Itu sahaja sedikit info tentang hantu yang tidak diketahui jenisnya.

4) Hantu sebelah
-Kisah hantu sebelah ini juga agak hangat diperkatakan apabila seorang pelajar mendakwa didatangi orang sebelah. Ini berlaku apabila tiba-tiba pintu asrama diketuk kemudian apabila ditanya, katanya orang sebelah. Namun apabila pintu dibuka, ternyata memang orang sebelah datang. Hanya sebahagian sahaja anggota tubuh yang tinggal manakala sebahagian lagi tidak kelihatan. (Hantu cacat ke?)

5) Hantu memberi salam dari tingkap
- Kisah hantu beri salam dari tingkap ini juga cukup popular diceritakan. Kebiasaanya, hantu ini akan menyapa pelajar daripada tingkap sedangkan pelajar tersebut berada di tingkat atas yang tidak memungkinkan sesiapa berada di luar tingkap! (hantu ni terbang agaknya)

ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Mayat Berjalan Pulang.. (kisah benar bergambar)
Mayat Berjalan Pulang.. (kisah benar bergambar)
08-09-2010 8,371 Views 2 Replies
KISAH BENAR: LELAKI MEMANDU DIBAWAH LORI!
KISAH BENAR: LELAKI MEMANDU DIBAWAH LORI!
05-09-2011 6,016 Views 6 Replies
COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...
COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...
04-28-2011 10,618 Views 12 Replies
Kedatangan ku harap diterima
Kedatangan ku harap diterima
12-29-2010 3,501 Views 4 Replies
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
10-21-2012 5,043 Views 7 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kisah Hantu Nampak Kaki (Bertenggek atas atap) Mr.Pingu 0 2,144 01-06-2019, 02:04 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Makcik Karipap Mr.Pingu 0 1,890 12-27-2018, 12:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Pocong di Jepun Mr.Pingu 1 2,204 11-04-2018, 01:29 PM
Last Post: MrCoolMan
  Kisah Benar Seram Misteri: Rumah Zaman Silam yang menjelma kembali Mr.Pingu 0 4,004 06-05-2014, 01:45 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Benar: Penampakan Jelmaan Nenek Tua di Luar Rumah Mr.Pingu 0 3,245 06-04-2014, 03:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram: Hantu Mengekor masuk ke rumah Mr.Pingu 0 5,169 06-02-2014, 03:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah ayahku di tolak hantu Mr.Pingu 16 21,337 02-26-2013, 04:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram: Wanita Misteri Berbaju Putih Mr.Pingu 0 3,049 09-26-2012, 04:36 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Cerita Seram: Hantu di Sekolah Menengah Mr.Pingu 4 37,035 02-25-2012, 12:49 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Mr.PiNGU dicekik hantu Mr.Pingu 4 7,052 06-03-2011, 10:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah hantu menyerupai manusia + hantu jelmaan Mr.Pingu 10 17,646 05-11-2011, 09:54 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-08-2026, 10:54 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend