Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › PeLaNCoNGaN v
« Previous 1 2

Cerita Musim Sejuk di Sweden

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Cerita Musim Sejuk di Sweden
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-27-2013, 04:56 PM
Sekarang, hemisfera utara sedang mengalami musim sejuk. Justeru, meriahla salji turun di negara-negara disebelah utara. Disebabkan saya berada di Sweden, iaitu sebuah negara yang terletak sangat utara, saya merasai pengalaman kesejukan melampau, hujan salji dan juga melihat keindahan alam yang tidak pernah saya alami sebelum ini.


Ramai juga rakan-rakan saya yang sedang belajar di negara-negara utara terutamanya Europe mengemaskini akaun facebook masing-masing dengan gambar-gambar salji di sekitar mereka. Ada yang menunjukkan babak anak-anak mereka membuat patung salji dan tak kurang juga bergambar berlatar belakangkan salji memutih.

Asalnya, saya cukup risau apabila mengetahui akan kedatangan saya ke Sweden semasa sedang kemuncak musim sejuk namun begitu saya rasa bersyukur kerana mampu menghadapi situasi ini dengan tabah malahan seronok melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Suhu paling sejuk pernah saya tempuh ialah -23 darjah selsius. Suhu ini jauh lebih sejuk jika dibandingkan dengan London, United Kingdom dan negara-negara seumpamanya yang berada di latitud lebih selatan berbanding Sweden.

Sebenarnya, kita dapat membezakan tahap kesejukan sesuatu kawasan itu dengan merasainya sendiri. Kebiasaannya, saya memakai pakaian 4 lapis iaitu lapisan paling dalam adalah baju cotton nipis khas untuk musim sejuk. Lapisan kedua adalah baju T-shirt lengan panjang yang biasa. Lapisan ketiga adalah baju sejuk lengan panjang jenis kalis angin yang agak nipis manakala lapisan paling luar adalah baju sejuk paling tebal yang disertakan juga penutup kepala. Penutup kepala yang boleh menutupi telinga adalah sangat penting untuk mengelakkan kesejukan melampau. Kalau kesejukan biasa iaitu diatas suhu -5 darjah selsius, kita masih berasa selesa kerana tidak beberapa sejuk namun apabila suhu jatuh di bawah -20 darjah selsius, kita boleh merasai kesejukan lampau tersebut yang cukup menyengat sehingga ke tulang sum sum. Walaupun memakai pakaian tebal, kesejukan masih terasa.

Mungkin kesejukan lampau ini tidak disukai oleh ramai orang disini kerana mereka tidak dapat bertahan lama di luar bangunan. Namun bagi saya, musim sejuk bersalji ini cukup indah dan mendamaikan. Waktu malam juga lebih panjang dan saya berasa mendapat rehat dan tidur yang cukup setiap malam. Waktu malam bermula hampir jam pada 4 petang dan berakhir dalam pukul 8 setengah pagi. Panjang kan?

Waktu malam saya gunakan sepenuhya untuk berehat kerana jadual waktu siang yang pendek itu saya gunakan sepenuhnya dikampus untuk sesi kelas dan makmal. Pada musim sejuk ini saya dapati perut sangat mudah untuk lapar dan kuantiti makanan saya ambil cukup banyak setiap hari. Contohnya, saya akan makan nasi dua pinggan setiap kali makan dan mengambil juga air panas untuk memanaskan badan.

Cuaca sejuk dan kering juga memerlukan saya untuk mendapatkan bekalan air masak yang cukup dan juga bahan-bahan pelembab badan. Saya menggunakan Vaselin untuk mengelakkan bibir kering dan pecah. Badan pula saya sapu krim khas untuk mengelakkan kulit kering dan gatal. Disebabkan tidak kerap menyapu krim pelembab pada awalnya maka kulit saya mula menjadi kering dan gatal-gatal. Selepas itu, saya mula mendisiplinkan diri untuk memakai krim pelembab badan.

Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi bahawa musim sejuk mempunyai malam yang sangat panjang namun saya menghadapi cabaran untuk menunaikan waktu solat pada siang hari. Waktu zohor bermula pukul 12 tengahari manakala asar pukul 1 suku, magrib 3 setengah, dan isya pukul 5 setengah. Jadual solat anggaran adalah seperti yang saya lampirkan di bawah sekali.

Disebalik kesulitan ada kesenangan. Disebalik kesukaran ada keindahan disebaliknya. Jadi saya anggap kehidupan yang sedang saya lalui sekarang adalah satu pengalaman hidup yang bermakna. Walaupun saya mengalami sakit-sakit sedikit terutamanya hidung yang berdarah setiap hari kerana cuaca sejuk, namun saya dapat menikmati keindahan alam yang tiada tolok bandingannya ini. Merenung alam ini menyebabkan saya sentiasa mengingati akan agungnya ciptaan yang Maha Esa. TQ Allah Smile

ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Melancong ke Bandung Indonesia
Melancong ke Bandung Indonesia
07-16-2019 767 Views 0 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 8,986 Views 3 Replies
Dubai roaming...harga berapa????
Dubai roaming...harga berapa????
07-09-2012 12,379 Views 13 Replies
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
01-11-2011 2,660 Views 1 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,056 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 05:10 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend