05-06-2014, 02:55 PM
Melihat rancangan dahulu kala pada zaman kegemilangan beliau cukup mencuit hati. Antara filem yang paling diingati ialah seniman bujang lapuk. Beliau merupakan antara pelakon komedi terawal di tanah melayu. Rancangan yang beliau lakonkan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih diminati sehingga ke saat ini, tak lapuk dek zaman.
Namun, harini seorang pejuang dalam industri seni yang cukup hebat ini akhirnya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Innalillah.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Namun, harini seorang pejuang dalam industri seni yang cukup hebat ini akhirnya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Innalillah.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Quote:
Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi (6 May 2014).
Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.
Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.
Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. - bharian


