11-11-2010, 04:25 PM
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2010/11/11

MAMAT bersama pelakon Estet bergambar dengan sebahagian penonton ketika mereka membuat promosi di Putrajaya.
RM250,000 dalam tempoh tiga hari ditayangkan menerusi 40 panggung
FILEM pertama terbitan sepenuhnya oleh Mamat Khalid berjudul Estet menerusi syarikatnya Naga VSX Sdn Bhd kini sedang berusaha mendaki tangga kutipan. Tiga hari ditayangkan bermula 4 November lalu, Estet mengutip sebanyak RM250,000 menerusi 40 buah panggung. Walaupun pergerakan kutipan yang agak perlahan, namun Mamat optimis angka berkenaan dapat meningkat dan mensasarkan Estet lakonan Farid Kamil, Jasmine Michael, Sashi Tharan, Shofi Jikan serta ramai lagi itu mampu mengumpul kutipan sehingga RM3 juta. Keyakinan Mamat itu bersandarkan kepada kata-kata semangat ditiupkan pihak pempamer kepadanya.
Menurut penerbit yang turut bertindak selaku pengarah, menerusi maklumat daripada pempamer, kutipan Estet pada hari pertama tayangan memang agak perlahan tetapi ia semakin meningkat memasuki hari kedua.
"Pada saya kutipan sebanyak suku juta boleh dikira memuaskan. Lagipun pihak pempamer meminta saya supaya tidak panik kerana mereka melihat graf kutipan filem ini meningkat memasuki hari kedua. Mereka juga memaklumkan corak tontonan kaum India sama seperti masyarakat Melayu. Biasanya pada hari pertama perayaan, mereka akan keluar mengunjungi sanak saudara dan hanya akan meluangkan masa menonton wayang selepas dari itu.
"Saya juga yakin, maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut akan membantu lagi filem ini. Namun apa yang berlaku, kebanyakan masyarakat India yang saya temui memaklumkan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan filem ini. Ini bermakna maklumat yang disalurkan media cetak dan elektronik berbahasa Melayu tidak sampai kepada golongan itu.
"Rata-rata masyarakat India yang saya temui mengatakan mereka tidak tahu mengenai filem ini. Ada yang menonton sekadar ingin mencuba setelah melihat poster yang terpampang di panggung wayang, manakala sebahagiannya mengetahui mengenai Estet menerusi maklumat mulut ke mulut yang disampaikan oleh orang yang sudah menonton filem ini.
Kami percaya maklumat seperti itu adalah pengiklanan yang paling baik," kata Mamat yang turun sendiri ke beberapa panggung wayang untuk mendapatkan maklum balas secara langsung dari penonton. Menerusi maklum balas secara langsung itu, Mamat mendapati kebanyakan mereka yang keluar dari panggung selepas menonton Estet mengakui terhibur dengan lawak jenaka yang dihidangkan dalam filem berkenaan.
Bagaimanapun pengarah itu enggan mengulas lanjut mengenai maklum balas penonton kerana katanya tidak adil sekiranya dia yang mengeluarkan kenyataan berlebihan memuji filemnya sendiri.
Oleh kerana syarat wajib tayang yang diberikan selama dua minggu kepada setiap filem, Mamat juga kini sedang giat mempromosikan filemnya itu dengan pelbagai cara. Mamat mengakui ketiadaan iklan filem berkenaan di kaca televisyen sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah kutipan. Namun, dia mempunyai rancangan untuk memperuntukkan bajet bagi mempromosikan Estet melalui iklan di kaca TV.
Selain itu, pengarah ini juga mempunyai cara unik untuk mempromosikan filemnya. Jika penerbit lain mempromosikan filem mereka di pusat membeli belah. Lain pula halnya dengan Mamat, beliau memilih cara tradisional tetapi unik apabila menjalankan promosi filemnya dengan masuk ke kampung dan juga estet menggunakan lori.
Usaha itu memang sudah lama diimpikan tetapi memandangkan sebelum ini dia hanya bertindak sebagai pengarah saja, cara itu sudah tentunya tidak dapat dilakukan. Tetapi apabila menerbitkan filem sendiri, segala kuasa dan keputusan termaktub di tangannya.
"Saya memilih mempromosikan filem ini menggunakan kaedah lama kerana berasa cara itu lebih dekat dengan masyarakat. Selama ini penduduk di kawasan bandar kecil sering dipinggirkan tetapi dengan cara ini, kita dapat membuat promosi secara lebih dekat lagi dengan mereka.
"Lori-lori kecil untuk mempromosikan Estet sudah mula bergerak semalam menuju ke Johor. Kita juga akan berada di Melaka dan Seremban. Hujung minggu ini pula, lori kami akan berada di sekitar Perak dan kita akan terus ke Kulim, Kedah pula.
"Kami juga memperbanyakkan lagi persinggahan di estet-estet dan juga penempatan kaum India untuk memberitahu mereka mengenai filem ini. Saya harap ini adalah satu permulaan untuk mereka menonton filem arus perdana, jika bukan saya yang membuka ruang ini untuk mereka, siapa lagi yang akan melakukannya?" katanya.
Menurut Mamat lagi, sepanjang mengunjungi kawasan pedalaman, lori yang mengedarkan risalah mengenai filem itu menjadi perhatian ramai. Setiap kali memasuki kawasan kampung dan estet ,pasti lori mereka akan dikerumuni oleh masyarakat yang ingin mengetahui apakah yang dibawakan oleh lori berkenaan.
Justeru kata Mamat, ia salah satu strategi yang baik untuk filem Estet melipat gandakan lagi jumlah kutipannya.
Filem ini berwarna-warni
WATAKNYA dalam Estet mungkin tidak besar, tetapi kemunculan Datuk David Arumugam dalam filem itu tetap memberi kesan yang tersendiri. Dia melakonkan watak Aru, seorang pemilik kedai runcit dalam sebuah estet getah yang sangat bersahaja tetapi masih mencuit perasaan. Walaupun sebagai peniaga kedai runcit, Aru juga turut merungut kerana harga barangan keperluan yang sentiasa naik yang dirasakan boleh menyusahkan pelanggannya yang terdiri daripada pekerja estet kerana pendapatan mereka tidak seberapa.
“Saya gembira. Saya memang bukan seorang pelakon tetapi saya cuba melakukan apa yang Mamat minta. Tidak ada masalah. Filem Estet ini sungguh berwarna-warni,” katanya ketika menyertai sesi promosi filem Estet di Alamanda, Putrajaya, Sabtu lalu.
Menurut penyanyi utama kumpulan Alleycats itu, beliau sendiri berasa agak lucu melihat lakonannya tetapi tetap bangga dan puas hati kerana mendapat maklum balas baik daripada penonton.
“Selepas saya habis penggambaran filem ini, saya tidak pernah tengok lagi. Hari ini (6 November) baru pertama kali saya tengok Estet yang sudah siap. Saya seronok walaupun gambar (babak) saya tidaklah banyak dalam Estet,” akui David yang menonton filem itu bersama-sama Farid Kamil, juga antara pelakon filem arahan Mamat Khalid itu.
Dalam filem Estet, David yang digandingkan dengan pelakon terkenal drama Tamil tempatan, Jayasree bukan sekadar pemilik kedai runcit, tetapi juga turut mengambil berat dengan masalah penduduk dalam Estet Cintamanis, terutama di kalangan anak muda.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articl...an/Article