11-20-2010, 11:25 AM
Siasatan kes Aishah Jane tak pernah ditutup
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2010/03/18
Lepat diminta hubungi polis bagi salurkan maklumat terbaru

Lepat
KUALA LUMPUR: Polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata dalam apa juga kes, polis tidak pernah menutup fail siasatan walaupun sudah lama tertangguh disebabkan masalah tertentu termasuk individu yang disiasat berada di luar negara.
“Walaupun sudah lama laporan polis dibuat termasuk dalam kes ini (laporan yang dibuat Lepat), kita tidak pernah putus asa. Cuma kita memerlukan maklumat terbaru daripada beliau (Lepat) bagi membolehkan kes ini disiasat,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun. Lepat kini berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 26, dan tinggal di negara itu bersama anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun.
Ditanya sama ada Aishah akan ditahan untuk siasatan sekiranya memasuki negara ini, Musa berkata, polis perlu melihat semua aspek kes itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap wanita terbabit. Beliau juga meminta Lepat menghubungi polis jika mempunyai sebarang maklumat terbaru berhubung kes itu termasuk jika mengetahui Aishah memasuki negara ini atau akan memasuki negara ini.
“Kita kena lihat balik kes ini, kalau dia (Lepat) ada apa-apa maklumat, maklumkan pada polis. Selepas itu, baru kita boleh menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil,” katanya.
credit card to beritaharian online

pingu: susahnya kalu kawin cerai ni la balasannya susah tau.. anak-anak jadi mangsa