Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaYa v
« Previous 1 2 3 4

Baju Muslimah Kanak-Kanak

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Baju Muslimah Kanak-Kanak
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-02-2010, 03:19 PM


Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
2010/11/02

SABDA Rasulullah SWT, jika seorang anak sudah mengetahui (membezakan) tangan kanannya dari tangan kirinya, maka latihlah dia menunaikan solat. Sungguhpun begitu, seorang ibu perlu memahami bahawa penentuan had usia mula bersolat menurut hadis itu jika diteliti secara mendalam sebenarnya turut merangkumi beberapa aspek wajib lain seperti mana patut dilaksanakan anak yang mumayyiz. Antaranya adalah mendidik mereka terhadap keperluan menutup aurat di hadapan bukan mahram, bermula di usia muda.

Bagi pemilik Hannaz Enterprise, Nurul Fadzilawati Zainuddin, 32, yang menjalankan perniagaan pakaian muslimah kanak-kanak dalam talian secara sambilan, dia percaya kepada pepatah berbunyi melentur buluh biar dari rebungnya.

“Sebagai seorang muslim, setiap anak yang mulai memasuki usia baligh perlu diterapkan nilai sebagai seorang Islam terutama membabitkan adab dalam berpakaian.

“Saya juga yakin, kehidupan moden tidak seharusnya dijadikan batasan bagi kita sendiri mengamalkan ajaran suruhan-Nya kerana Islam itu tidak pernah menyusahkan malah boleh diikuti sepanjang zaman,” katanya.
Apabila merujuk kepada fesyen, Nurul Fadzilawati tidak menolak pasaran fesyen sememangnya terlalu luas namun penerimaan masyarakat terhadap gaya sopan menuntut aurat mula diterima ketika ini.

Justeru, inginkan kelainan berbanding usahawan sekarang yang selesa mengetengahkan busana muslim untuk wanita menyebabkan Nurul Fadzilawati beralih kepada kumpulan lebih kecil iaitu kanak-kanak perempuan dan lelaki.

Kata pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah kolej swasta itu, Hannaz Enterprise pada asalnya dimulakan bagi memenuhi kegilaan terhadap rekaan pakaian muslimah untuk kanak-kanak yang pelbagai.

“Ia berlaku secara kebetulan pada 2009, sekadar untuk suka-suka apabila sering melancong ke luar negara bersama keluarga. Apabila pergi ke tempat orang, menjadi kemestian bagi saya melihat barangan untuk anak-anak dan tahun lalu, ketika ke Surabaya, saya tertarik melihat rekaan pakaian Muslimah untuk kanak-kanak.

“Melihatkan sambutan awal, saya berasakan pasaran untuk pakaian sebegini ada, cuma mungkin ada sedikit masalah dari segi harga yang dikatakan sedikit tinggi,” katanya.

Namun , Nurul Fadzilawati memberitahu pasaran pakaian Muslimah di Indonesia memang rancak malah pilihan corak, material serta rekaan juga pelbagai.

“Bagi memastikan pelanggan mendapat pilihan pakaian yang terbaik, saya akan pastikan setiap helaian berkualiti tinggi sepadan harga dibayar,” katanya.

Di laman web Hannaz Enterprise, pelanggan boleh memilih koleksi pakaian Muslimah diperbuat daripada kapas dalam sembilan rekaan berbeza pada harga RM60 bagi kanak-kanak berusia lima tahun hingga enam tahun, RM50 (3-4 tahun) dan RM45 (0-2 tahun).

“Untungnya, setiap pek didatangkan dalam set lengkap bersama kain atau seluar, baju serta tudung. Kerana itu saya katakan belian anda memang berbaloi dengan harga.

“Malah, pilihan warna dan corak juga ceria sesuai cita rasa kanak-kanak seperti merah jambu, biru, hijau, hitam putih dan banyak lagi. Menariknya lagi, setiap rekaan akan bertukar setiap enam bulan,” katanya.

INFO: Panduan mendidik anak perempuan menjaga penampilan

# Imej muslimah bukan sekadar menutup aurat tapi anak-anak juga perlu dididik berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan keadaan.

# Didik anak menyuai padan baju dan menggosok baju, termasuk baju tidur supaya amalan ini dapat diteruskan apabila meningkat dewasa.

# Tetapkan etika berpakaian untuk anak, walaupun anak berusia tujuh tahun ke bawah tidak diwajibkan memakai tudung. Namun begitu, anak yang berusia 9 tahun (usia baligh bagi anak perempuan) dimestikan memakai tudung apabila keluar rumah.

# Seluar dan skirt mestilah labuh dan mencecah buku lali.

# Buat spa di rumah untuk anak menggunakan bahan dari dapur sendiri kerana aktiviti sebegini mampu mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.

INFO: Hannaz Enterprise
Laman web: http://www.hannazenterprise.blogspot.com
E-mel: hannazenterprise@yahoo.com.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Rahsia Posisi Tidur
Rahsia Posisi Tidur
09-06-2010 3,414 Views 0 Replies
Cara-cara nak membakar kalori dengan lebih banyak
Cara-cara nak membakar kalori dengan lebih banyak
10-08-2011 5,406 Views 2 Replies
Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki
Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki
04-22-2011 10,913 Views 1 Replies
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
03-19-2011 52,524 Views 57 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,953 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#2
11-02-2010, 05:00 PM
rmai ibu bapa skarang x titik berat kan pmakaian anak2..dgn alasan, diorang kcik lg..x pe.
sdarkah wahai ibu-bapa..dr kcik lah kita nk didik anak2 brpakaian sopan dn mnutup aurat spaya ble da bsar, diorang da serasi brpakaian sopan..

bt renungan dri sendiri dn anak2 gadis skarang..bkan ke manis ble btdung..brpakaian sopan..ape lg brbaju kurung atau brjubah yg dpt mlindung kta dr trdedahnya aurat. bukan pnas pn..i2 lbh mudah dr trpaksa brpnas bdan dgn pkaian yg ketat dn sendat.right?? fikirkan lah..
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
11-02-2010, 10:44 PM
Betul tu oni.. Dr apa yg tomat lihat sebahagian besar ibu bapan dh latih anak2 mereka berskirt bagai.. Sepatutnya latih anak2 pakai baju yg sopan disamping bertudung.. Ada sebahagian ibu bapa yg sedar perkara ini telah mengambil tindakan sepatutnya.. Ini perlu dipuji~
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#4
11-02-2010, 10:50 PM
btul2..oni pnah gk nmpk bdak2 kcik yg da pkai tdung. comel sngt2...dgn bju krung nye..lg la btambah2 cmel.hehe...
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
11-02-2010, 10:54 PM
Hehee yep.... Betul tu~~
oni.. Nampaknya kita je yg borak2 ni manalah org lain ni.. Oni xde kawan ke ajak2 la masuk sini baru meriah sket! Ngeee...
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#6
11-02-2010, 11:08 PM
oni memang da lme prasan..xde mke lain..oni-pingu...oni-pingu..kdang 2 ad la bpe kerat yg celah2..
membr2 umah ni ad gk tnye2..tp ckp klu rgter bnyak2 pn, tkut x trlayan je.klu fre kang die jengah la.

tp oni plik pd yg da rgster tp senyap..apsal cm 2 ek??
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
11-02-2010, 11:11 PM
Huhu pingu sgt rindu forum lama yg da tutup tu.. Dlu meriah sgt ramai ahli yg register dan aktif.. Now semua da ilang.. Sob sob.. Huhuuu.. Xpe oni ajak je kawan2 masuk.. Kalau diorg free harap leh menyembang sama~~
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#8
11-02-2010, 11:11 PM
Yg register tp senyap, i xtau la reason mereka huhuuu..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tembamnya kanak-kanak ini Mr.Pingu 0 1,397 09-11-2019, 03:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Jahitan Baju Kanak-kanak Lebih Mencabar Mr.Pingu 2 6,513 02-25-2012, 05:02 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ilham 45 pereka hasilkan Busana Muslimah Mr.Pingu 0 3,635 11-10-2010, 08:58 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-28-2026, 02:55 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend