
Sepanjang aku hidup hampir 29 tahun ni, aku tak pernah dengar tentang cerita ini yang mana yang benar-benar berlaku di Malaysia. Kisah ini cukup tragis dan ngeri kerana melibatkan kematian bukan sedikit nyawa. Dikatakan lebih 6000 orang ditahan dan disiksa yang dikatakan selamat dan hidup selepas itu hanya 6 orang! kalau korang nak tau baca kisah KAWAT MAUT SANDAKAN ni daripada wikipidia. Ada sedikit info disitu meh aku quote sikit
Quote:Kawat Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan. Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).
Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.
Info ni juga ada diceritakan oleh pelbagai info melalui carian aku melalui google. Ni salah seorang yang menceritakan sikit tentang ini, SYAHRILKADIR
Dengan Isu Sabah yang sedang panas ni aku sangat berharap pertumpahan darah akan tamat. Dah ada beberapa orang berjuang dan terkorban. Apa ini? Dikatakan kedua-dua pihak adalah orang Islam. Mengapa Islam berperang dengan Islam? Islam tak ajar keganasan ye. harap boleh berunding. Mungkin satu dunia akan tahu hal ini. Aku sedih islam terus dilabel pengganas sedangkan rasullah mengajar umatnya Kasih Sayang. Wallahualam
Dengan Isu Sabah yang sedang panas ni aku sangat berharap pertumpahan darah akan tamat. Dah ada beberapa orang berjuang dan terkorban. Apa ini? Dikatakan kedua-dua pihak adalah orang Islam. Mengapa Islam berperang dengan Islam? Islam tak ajar keganasan ye. harap boleh berunding. Mungkin satu dunia akan tahu hal ini. Aku sedih islam terus dilabel pengganas sedangkan rasullah mengajar umatnya Kasih Sayang. Wallahualam

