Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 ... 24 Next »

Kamal Adli Anggap tiada Rezeki untuk terus Bersama TV9

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kamal Adli Anggap tiada Rezeki untuk terus Bersama TV9
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-04-2013, 11:42 AM
PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (siaran TV9) yang mahu menyingkirkannya sebagai pengacara rancangan tersebut.

Kamal, 26, berkata, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 17 Jun lalu tanpa sebarang notis awal.

"Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan.

"Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang penyingkiran saya," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Kamal berkata, dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi mengendalikan rancangan hiburan itu.

Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama pelakon Miera Leyana dia menimba pelbagai pengalaman berharga sebagai pengacara.

"Mungkin ini dikatakan bukan rezeki dan saya berterima kasih kerana diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan program tersebut," jelasnya.

Tambah Kamal, dia akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak disambung pihak saluran televisyen.

"Mungkin selepas ini saya akan mendapat tawaran untuk mengacarakan program lain pula selain dapat memberikan fokus kepada bidang lakonan," katanya.

Sementara itu, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan ingin memberi kelainan kepada rancangan itu.

Jelas Engku Azmin, pertukaran pengacara adalah perkara biasa dan pihaknya gembira dengan pencapaian Kamal sepanjang mengendalikan program itu.

"Dia bukan tidak bagus atau mempunyai masalah disiplin tetapi ia adalah keputusan pihak pengurusan yang ingin memberikan pembaharuan kepada program itu," jelasnya.

Tambah Engku Azmin, pihak TV9 juga mungkin sedang merancang untuk menggunakan khidmat Kamal bagi program lain yang sesuai dengan personalitinya yang bersahaja dan lasak.

"Pada pandangan saya, Kamal seorang pengacara yang sesuai untuk program yang lebih lasak dan maskulin kerana kelebihannya ada di situ.

"Insya-Allah mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu yang lebih sesuai untuknya," kata beliau.

Hip TV yang bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9.30 malam kini menampilkan Aidit Marcello dan Hunny Madu sebagai pengacara.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos
Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos
08-08-2010 1,790 Views 0 Replies
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
09-22-2010 2,268 Views 1 Replies
Ayu Raudhah Buat Kejutan Jumpa Zaquan Di Alor Setar
Ayu Raudhah Buat Kejutan Jumpa Zaquan Di Alor Setar
09-06-2010 1,196 Views 0 Replies
Rekabentuk jam pelik...
Rekabentuk jam pelik...
04-17-2012 2,133 Views 1 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 17,836 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#2
07-04-2013, 04:00 PM
oowwhhh rancangan HIp Tv... memang sumpah aku tak pernah tengok kah kah kah kah.. jadi tak bleh ler nak komen camne kamal adli nih jadi pengacara... kontrak tak sambung pun nak bising... jadi programmer kat sini pun kontrak setahun-setahun elok dah nak abis kontrak pulun laa cari keje lain kot2 kontrak tak sambung... tak bising2 pun.. yang si kamal adli nih over konfiden laa tuh orang nak sambung kontrak dia.. hahahahhaa...

ok ok takmo komen lebih-lebih..
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
07-04-2013, 04:45 PM
hehe.. xdak rezeki nak wat camne kan.. hehe.. tp kalau dia boleh mengacara mesti ada program lain akan gunakan khidmat dia nanti =)
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#4
07-04-2013, 06:13 PM
(07-04-2013, 04:45 PM)Mr.Pingu Wrote: hehe.. xdak rezeki nak wat camne kan.. hehe.. tp kalau dia boleh mengacara mesti ada program lain akan gunakan khidmat dia nanti =)

yer laa kalau memang ada bakat kan macam awal tuh ha.. tak kesah laa orang tak sambung kontrak pun still ada orang lain offer.. nak bising2 pasai paa.. kata takmo heboh2 tapi pongpang pong pang cerita kat wartawan dah kenapa... hahahahaha
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
07-05-2013, 04:50 PM
kekadang wartawan je yg suka korek2 and nak tak nak kene cerita.. aku tgok soalan2 wartawan ni selalu aku gak turut sakit hati.. menyampah gler dgn soalan2 bodoh berbaur kontrobesi dr mereka.. xeducated lgsung
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#6
07-24-2013, 11:55 AM
(07-05-2013, 04:50 PM)Mr.Pingu Wrote: kekadang wartawan je yg suka korek2 and nak tak nak kene cerita.. aku tgok soalan2 wartawan ni selalu aku gak turut sakit hati.. menyampah gler dgn soalan2 bodoh berbaur kontrobesi dr mereka.. xeducated lgsung
ha kan.... tanya soalan macam tak guna otak fikir..
Segalanya ada disini..
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-16-2026, 06:26 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend