Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › SaiNS v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Bah besar di Kedah bahana La Nina

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bah besar di Kedah bahana La Nina
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-19-2010, 08:30 PM

NEGERI Kedah dan Perlis lumpuh selama beberapa hari ekoran paras air naik ke paras bahaya

SEORANG doktor yang menghadiri majlis konvokesyen adiknya di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah baru-baru ini memberitahu banjir besar di negeri itu minggu lalu telah menukarkan keretanya kepada sebuah ‘kapal selam’.

“Saya perlu memandu pulang segera ke Johor Bahru selepas menghadiri majlis konvokesyen adik saya.

“Namun, dalam perjalanan pulang sebelum memasuki lebuh raya tiba-tiba sedikit demi sedikit kereta saya ditenggelami air.

“Tidak sampai beberapa minit dalam kepekatan malam itu, di sebelah luar kereta, saya boleh melihat air banjir sudah menghampiri paras cermin tingkap. Di sebelah dalam pula, air yang memasuki kereta sudah mencecah betis.

“Adik saya ketika itu sudah panik, manakala ibu saya sudah menangis teresak-esak. Ketika itu saya sudah tidak boleh berpatah balik kerana bimbang arus yang semakin deras akan menghanyutkan kereta.

“Bayangkan saya memandu kereta sedan dalam keadaan tersebut sejauh dua kilometer,” ungkap Mohd. Harriszamani Abu Bakar, 32, sambil mengakui kejadian itu meninggalkan trauma mendalam kepada emosi ibunya.

Pengalaman Harriszamani seorang doktor muda lulusan Universiti Malaya itu adalah secebis kisah yang berlaku dalam bah besar yang melanda utara Semenanjung Malaysia minggu lalu. Apa yang pasti ia antara banjir terburuk yang pernah melanda negeri Perlis dan Kedah.

Biarpun banjir besar pada tahun 2005 masih meninggalkan kesan mendalam buat penduduk di kedua-dua negeri itu, namun apa yang berlaku tahun ini ternyata lebih menakutkan. Berdasarkan maklumat terkini Isnin lalu, jumlah mangsa di Kedah ialah seramai 32,066 orang. Antara kawasan paling hebat dilanda bah ialah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.


Pelbagai cara digunakan bagi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir termasuk mengangkut mereka menggunakan jentolak. Sementara itu, Perlis pula mencacatkan jumlah mangsa seramai 8,645 orang membabitkan 30 pusat pemindahan.

Faktor-faktor banjir

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, banjir besar yang melanda utara dan Pantai Timur Semenanjung dikatakan berpunca daripada fenomena La Nina atau angin kencang dan hujan lebat yang membawa hujan melebihi keadaan biasa bagi tempoh empat bulan bermula November sehingga April tahun depan.

“Sepanjang tempoh itu bahagian utara Semenanjung dijangka kekal menerima hujan melebihi kadar purata,” jelas kenyataan itu yang boleh didapati di laman web http://www.met.gov.my.

Sungguhpun Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan fenomena banjir itu, pelbagai pihak mempunyai jawapan mereka sendiri berhubung penyebab banjir terbesar yang berlaku sejak tahun 2005 itu. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyalahkan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) di beberapa kawasan di negeri terbabit sebagai antara faktor yang memburukkan lagi keadaan banjir.

“Limpahan air akibat banjir tidak dapat mengalir kerana di tapak projek tersebut tidak terdapat saluran air yang besar,” dakwa beliau.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh pihak berkenaan. Ini kerana La Nina bukan sahaja melimpahkan hujan di Kedah dan Perlis tetapi ia juga tidak menunjukkan belas apabila menyebabkan banjir teruk di selatan Thailand. Setakat laporan 6 November lalu, jumlah mangsa lemas akibat banjir di utara Semenanjung ialah enam orang, manakala di selatan Thailand jumlahnya lebih menakutkan iaitu 140 orang.

Apa yang pasti, bah besar di Kedah dan Perlis hampir melumpuhkan kegiatan harian penduduk di kedua-dua negeri. Bayangkan rumah Azizan sendiri antara yang turut digenangi air sehingga ke paras lutut.


SEORANG mangsa banjir mencuba nasib dengan menjala ikan di jalan raya yang dilimpahi banjir.

Tidak ketinggalan sidang kedua Majlis Konvokesyen ke-23 UUM terpaksa ditangguhkan akibat bencana itu. Selain itu, perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) antara bandar dan KTM Kargo juga terpaksa dihentikan sejak 1 November lepas apabila air turut menenggelamkan landasan di beberapa kawasan. Bagaimanapun ia sudah mula beroperasi beberapa hari lalu. Di Perlis, pembelian panik petrol dan diesel oleh penduduk negeri itu akibat banjir yang melanda menyebabkan beberapa stesen minyak di daerahnya kehabisan bahan api itu sejak hujan lebat bermula.

Bantuan

Apa yang pasti, fenomena banjir terbesar yang berlaku di beberapa negeri itu termasuk di Kelantan menarik pelbagai pihak untuk menghulurkan bantuan. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah misalnya, menghulurkan sumbangan RM500,000 daripada hasil zakat negeri serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir di Kedah.


KAKITANGAN Pos Malaysia tetap menjalankan tanggungjawab menghantar surat walaupun dalam keadaan banjir.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis yang berdepan kekurangan bekalan makanan pula mendapat perhatian warga universiti itu di seluruh negara. Sebanyak enam lori membawa bekalan makanan dari kampus induk di Shah Alam, Selangor selain kampus di Kedah, Pulau Pinang dan Perak tiba di Perlis minggu lalu. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Selain ATM, turut terlibat dalam pasukan khas itu ialah Polis Diraja Malaysia.

“Penubuhan pasukan khas ini merupakan tanggungjawab sosial bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di kedua-dua negeri berkenaan,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyumbangkan bantuan makanan termasuk beras, gula, roti dan air mineral bernilai RM500,000 yang diagihkan kepada negeri-negeri terbabit selama tiga hari.

– ROSMALINA ABD. KADIR (Kosmo.com)
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Zack Arya: Artis Baru Berpotensi Besar
Zack Arya: Artis Baru Berpotensi Besar
02-24-2013 21,138 Views 21 Replies
Bebola Ungu makhluk Asing Muncul di padang pasir?
Bebola Ungu makhluk Asing Muncul di padang pasir?
03-11-2013 2,263 Views 0 Replies
Dosa yang lebih besar dari berzina
Dosa yang lebih besar dari berzina
03-16-2012 1,501 Views 0 Replies
siapa la aku..jika tidak di sapa...
siapa la aku..jika tidak di sapa...
12-08-2013 2,131 Views 2 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 15,968 Views 22 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 03:51 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend