Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 24 25 26 27 28 ... 40 Next »

Padah elak dicekup khalwat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Padah elak dicekup khalwat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-23-2010, 03:18 PM


BATU PAHAT – Akibat mengelakkan diri daripada dicekup pasukan Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat, seorang anggota tentera maut apabila terjun dari tingkat dua sebuah hotel murah di bandar ini, pagi semalam.

Pekerja hotel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia langsung tidak mengetahui bahawa lelaki yang mendaftar di hotel itu akan bertindak terjun dari tingkat dua hotel berkenaan untuk melarikan diri. Menurutnya, ketika kejadian dia sedang membaca surat khabar dan pekerja lain di hotel berkenaan menelefonnya dan memberitahu mengenai kejadian itu.:

“Sebelum kejadian, lelaki berumur lingkungan 30-an itu serta pasangannya mendaftar masuk kira-kira jam 2.15 pagi ini (semalam).

“Namun, mereka keluar semula selepas mendaftar di atas nama lelaki berkenaan dan kira-kira 15 minit baru masuk semula ke hotel,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:.

Wong berkata, selepas itu kira-kira jam 2.45 pagi, pasukan dari Jabatan Agama Daerah Batu Pahat datang ke hotel untuk membuat operasi mencegah maksiat.

“Terkejut apabila saya dapat tahu yang pihak jabatan agama hendak membuat operasi di hotel ini setelah lapan bulan tidak berbuat demikian.

"Oleh itu, saya menyuruh seorang lagi pekerja hotel mengikuti pihak penguat kuasa membuat operasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja hotel yang hanya dikenali sebagai Amir berkata, dia ada melihat pasangan berkenaan masuk ke hotel dan keluar semula kerana mereka berada di kedai makan di depan hotel terbabit.

“Pihak jabatan agama mengetuk bilik bernombor 216 di tingkat dua hotel berkenaan selama kira-kira 15 minit dan ketika itu dari dalam bilik kedengaran bunyi bising.

“Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dan lima minit selepas itu, barulah pintu dibuka pasangan lelaki berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu berlaku dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. Menurutnya, mangsa berumur lingkungan 30-an dan seorang tentera yang bekerja di Kluang bersama pasangannya wanita tempatan bukan beragama Islam mendaftar untuk masuk ke hotel berkenaan.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan kami tidak boleh memberi maklumat sehingga kes berkenaan sele�sai,” katanya.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, dalam kes ini, wanita berkenaan tidak boleh didakwa berkhalwat kerana bukan beragama Islam.

“Bagaiamanpun, wanita terbabit akan disoal siasat kerana dia adalah saksi utama kejadian itu,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Monster croc predicts Gillard victory
Monster croc predicts Gillard victory
08-22-2010 1,264 Views 0 Replies
Pembanci hadapi masalah sikap masyarakat Cina
Pembanci hadapi masalah sikap masyarakat Cina
08-13-2010 1,104 Views 0 Replies
Kematian misteri
Kematian misteri
08-04-2010 1,446 Views 0 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,203 Views 13 Replies
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
01-11-2011 2,660 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-10-2011, 08:55 PM
nape die terjun?? ish2... kalo ye pun nak lari pk la cara len...
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-11-2011, 12:21 AM
Hahah mati katak... Katakkkk
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-11-2011, 02:03 AM
(05-11-2011, 12:21 AM)Mr.Pingu Wrote: Hahah mati katak... Katakkkk

gelak_kecil ktak2... toink3...
Heart ~nad~
Find
Reply
hime2010 Offline
Member
**
Posts: 275
Threads: 3
Joined: Apr 2011
Reputation: 0
#5
05-11-2011, 09:26 AM
nauzubillahiminzalik... mintak dijauhkan
dr diri, keluarga dan kawan2...
- Sabar Itu Indah -
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#6
05-11-2011, 09:34 AM
hime: semoga... ^_^
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
hime2010 Offline
Member
**
Posts: 275
Threads: 3
Joined: Apr 2011
Reputation: 0
#7
05-11-2011, 09:46 AM
tp kan.. skrg nih mmg dh byk kejadian mcm ni..
dh tao takot kene tangkap kenapa lah g wat jugak..
lg pon kalo kene tangkap pon bkn nye kene hukuman
mati... patutnya berani buat berani la tanggung..
ni dh buat g larik lak sampai mengakibatkan kematian..
- Sabar Itu Indah -
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#8
05-11-2011, 09:53 AM
bila mati.. dlm keadaan camni.. huhu sgt2 sedeh.. xsempat tobat.. buat malu kampung I je la..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
hime2010 Offline
Member
**
Posts: 275
Threads: 3
Joined: Apr 2011
Reputation: 0
#9
05-11-2011, 10:26 AM
eh.. pingu takleh ckp mcm tu..kta tak tao kelak kta mati mcm mana..
mana la tao keadaan kta nnt lg mengaibkan... amik ikhtibar la kalo
kes2 mcm ni.. mintak dijauhkan.. moga dikuatkan iman oleh NYA..
- Sabar Itu Indah -
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#10
05-11-2011, 10:52 AM
Hiuu tu lq xtau da nk ckp... Seram sgt2...
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#11
05-11-2011, 03:10 PM
ha.. betul... kita mati xtaw lg cmne.. huhu.. so.. jangan la wat mende2 gitu yek..
Heart ~nad~
Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  2 Madu Khalwat Berjemaah Dgn 1 Lelaki Mr.Pingu 0 1,877 11-02-2011, 03:25 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Padah angkut kekasih rakan Mr.Pingu 4 3,733 05-11-2011, 10:43 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Aksi drift elak dicekup Mr.Pingu 0 1,718 08-04-2010, 01:59 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 07:06 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend