Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 12 13 14 15 16 ... 24 Next »

Bibir KhilaFairy Disuntik Untuk Cantik?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bibir KhilaFairy Disuntik Untuk Cantik?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
Shocked  10-08-2011, 07:17 PM
BERKALI-kali Kilafairy menafikan dia menyuntik botox untuk mencantikkan bibirnya. Namun kata-kata provokasi masih bertebaran mengaitkan kecantikan bibir pelakon filem Karak itu sebagai bukan asli.Bagi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, dia hanya memekakkan telinga dengan segala provokasi itu dan terus melangkah sebagai anak seni.

Biarpun kehadiran Kilafairy dalam industri hiburan masih hijau, namun jika hatinya tidak nekad sudah pasti anak gadis kepada penyanyi popular dengan lagu Rayuanku, Rohana Jalil sudah berundur.“Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini.

“Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata pedas yang mengaitkan saya dengan fizikal yang saya miliki.“Tetapi saya tidak boleh menyerah dengan kata-kata negatif itu. Sebaliknya, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa bentuk fizikal yang saya miliki termasuk bibir ini adalah kerana saya anak kacukan.“Emak saya orang Melayu dan ayah pula orang Pakistan. Jadi, kombinasi darah emak dan ayah melahirkan saya dengan rupa sebegini,” kata Kilafairy yang mesra membahasakan dirinya sebagai Kila ketika ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Kilafairy lagi, selain bibir semula jadi yang dimilikinya, dia juga tidak pernah melakukan sebarang suntikan pada mana-mana bahagian tubuhnya.Itu semua tidak diperlukan kerana usianya masih muda, baru 19 tahun.“Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya.

“Tetapi dalam usia saya ini, apakah logik jika saya berbuat perkara seperti itu? Jadi, saya sekali lagi ingin memberitahu mereka yang berpandangan serong terhadap saya bahawa keadaan fizikal atau tubuh termasuk bibir saya, semuanya asli,” ujarnya bersungguh-sungguh.

Kilafairy yang bijak melontarkan jawapan bagaimanapun terdiam sejenak apabila ditebak dengan soalan dirinya sering dilanda kontroversi. Beliau menegaskan, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang artis yang kontroversi.“Impian saya adalah mahu menjadi seorang artis tanah air yang dihormati peminat dan saya tidak mengabaikan akademik. Itu yang membuatkan saya masih kekal berada di pusat pengajian tinggi.

“Selain daripada dikenali sebagai pelakon, saya juga mahu melangkah dalam bidang nyanyian seperti ibu saya. Saya mahu menjadi seorang penghibur yang disegani ramai suatu hari nanti.“Walaupun saya sedar bidang hiburan adalah sesuatu yang penuh dengan glamor, tetapi glamor itu tidak kekal lama.

“Sebab itu saya menyimpan hasrat untuk bergelar seorang usahawan wanita berjaya suatu hari nanti,” katanya.
Katanya lagi, dia sedih apabila memikirkan dirinya sering dikaitkan dengan pelbagai isu sedangkan hasratnya menjadi artis, bukannya mahu dipalit dengan pelbagai kontroversi.

“Saya mahu menjadi artis yang berada dalam kelasnya tersendiri. Saya bukannya menyesali langkah yang telah diambil. Tetapi saya mohon kerjasama semua pihak agar menilai saya melalui bakat yang ada.“Saya juga tidak menyesal dilahirkan sebagai anak berdarah campuran yang memiliki fizikal dan rupa sebegini. Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki.

“Jika orang sibuk mempersoalkan tentang bibir saya ini, alhamdulillah. Bibir inilah yang membuka rezeki dan sebenarnya, ini bibir bertuah,” katanya dalam nada lembut.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Fasha sanda Cantik berpurdah
Fasha sanda Cantik berpurdah
09-05-2010 2,101 Views 0 Replies
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
09-21-2010 3,228 Views 0 Replies
Datuk Siti Nurhaliza batal Konsert di Penang sebab mengandung?
Datuk Siti Nurhaliza batal Konsert di Penang sebab mengandung?
09-19-2010 2,423 Views 0 Replies
Baguih ke idak ni?
Baguih ke idak ni?
04-20-2011 12,618 Views 24 Replies
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
04-05-2011 116,513 Views 152 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Faizal disuntik elak pancit Mr.Pingu 0 1,541 08-10-2010, 11:01 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 04:01 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend