Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 11 12 13 14 15 ... 40 Next »

Gudang Arak di Kota Bharu?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Gudang Arak di Kota Bharu?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-21-2012, 04:56 PM (This post was last modified: 07-21-2012, 04:56 PM by Mr.Pingu.)
Penat sahaja Tok Guru didik rakyat untuk berkelakuan baik dan beriman serta bertakwa namun masih ada yang hati gelap menjalankan aktiviti terlarang. Jangan salahkan tok guru kalau berlaku kes sebegini di Kelantan kerana tok guru bukan Tuhan yang tahu semua tindak tanduk manusia secara tertutup. Sebagai masyarakat kita perlu membantu untuk memerangi maksiat dan apa jua jenis jenayah. Baca artikel dibawah:

Quote:
KOTA BHARU - Tindakan licik pemilik premis menggunakan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjalankan aktiviti haram menjual arak dan tuak masam di Kampung Cina, di sini, akhirnya terbongkar apabila berjaya dikesan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Setiausahanya, Mohd Anis Hussein berkata, mereka menggunakan cara tersebut bagi mengesan sama ada orang yang datang ke premis itu adalah pelanggan tetap ataupun anggota penguat kuasa yang menyamar.

“Kebiasaannya mereka hanya berurusan dengan pelanggan tetap sahaja kerana hanya golongan tersebut yang tahu jenis arak dan tuak masam yang dijual. Lebih licik lagi mereka menggunakan tingkap khas dan tidak membukai kedai sepertimana peniaga lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa operasi bersepadu di sini, semalam.

Turut serta dalam operasi tersebut ialah anggota penguat kuasa MPKB-BRI, Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Kelantan (Jaheik).

Menurutnya, sebanyak lima kediaman dan satu kedai di kawasan tersebut dikesan menjalankan aktiviti tersebut tanpa permit yang sah hasil daripada
pemantauan serta aduan daripada orang ramai yang mencurigai aktiviti itu.

Mohd Anis berkata, hasil daripada serbuan tersebut, pihaknya berjaya merampas ratusan bungkusan yang berisi tin serta botol arak dan beberapa tong air yang digunakan untuk memproses tuak masam bernilai RM70,000.

Beliau berkata, lima pemilik kediaman berumur antara 54 hingga 80 tahun ditahan manakala seorang lelaki Melayu yang berusia 30an juga ditahan semasa sedang membeli arak dan diserahkan kepada Jaheik untuk tindakan selanjutnya.

“Jumlah keseluruhan rampasan tidak dapat dikenal pasti lagi kerana pihak kami menyerahkan kepada KDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, kesemua pemilik premis tersebut disabitkan kesalahan undang-undang perniagaan, Akta Eksais 1976 dan Akta Kastam 135 (1) (d).SINAR
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Duit loteri habis, petani bakar diri
Duit loteri habis, petani bakar diri
08-08-2010 1,373 Views 0 Replies
Padah elak dicekup khalwat
Padah elak dicekup khalwat
08-23-2010 10,027 Views 10 Replies
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
08-22-2010 1,197 Views 0 Replies
Ramas Tetek Rozita Che wan??
Ramas Tetek Rozita Che wan??
04-09-2012 8,439 Views 0 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 15,973 Views 22 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 10:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend