10-22-2010, 10:56 AM

Terkesima kejap melihat gambar ni, penonton dan kumpulan heavy Metal berhenti solat berjemaah setelah masuk waktu Isyak semasa konsert.
Kejadian ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai semasa konsert/gig dari tiga kumpulan heavy metal yang bergabung. Ini bermakna dalam konsert tersebut, penonton yang hadir mesti menutup aurat, tak boleh pakai seluar jeans koyak lutut dan londeh. Mungkin juga tiada percampuran bebas lelaki dan wanita dalam konsert tersebut. Ini baru dikatakan ‘Rock-rock juga, solat jangan dilupa’. Orang kita kalau tengok konsert,tengok bola ramai yang tinggal sembahyang maghrib kerana nak mengejarkan tempat duduk yang cantek.
Ini kumpulan heavy metal yang menjayakan konsert tersebut, nampak ganaskan?

bagus usaha mereka ini.. mmg terbaik~~

