Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 28 29 30 31 32 ... 40 Next »

Pelatih PLKN meninggal dunia semasa mengimamkan Solat Zohor

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pelatih PLKN meninggal dunia semasa mengimamkan Solat Zohor
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-27-2011, 11:01 PM

RAWANG: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, di sini, rebah ketika mengimamkan solat Zuhur di surau kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dan sejurus Syed Abdul Rahman Wan Ahmad, 17, rebah, dia dibantu rakan-rakannya mendapat rawatan di klinik kem berkenaan.

Remaja itu yang berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, diberi bantuan pernafasan (CPR), namun keadaannya yang kritikal menyebabkan pihak kem menghantarnya ke Hospital Selayang sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Jenazah Syed Abdul Rahman dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pagi semalam untuk dibedah siasat dan polis mengesahkan kematian remaja itu tidak membabitkan unsur jenayah, sebaliknya disebabkan serangan sawan.

Bapa Allahyarham, Wan Ahmad Wan Yasin, 50, ketika dihubungi berkata, dia menerima berita kematian anaknya daripada pengurusan kem berkenaan kira-kira jam 2.45 petang kelmarin dan tiba di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Wan Ahmad, dia berbual dengan anaknya ketika menghubunginya untuk bertanya khabar, Ahad lalu.

“Dalam perbualan itu anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah memberitahu gembira tinggal di kem berkenaan. Anak saya juga memberitahu dia sihat dan ramai kawan baru serta selesa berada di kem itu.

“Namun, saya tidak menyangka keceriaannya itu hanya sementara kerana kini dia meninggalkan kami,” katanya.

Wan Ahmad berkata, ketika berbual dengan Syed Abdul Rahman, Ahad lalu, dia berpesan kepada anaknya supaya menjaga diri, jangan lupa solat serta selalu berdoa.

“Setakat ini, saya belum dimaklumkan punca kematian anak saya. Saya cuma diberitahu anak saya menjadi imam solat Zuhur, namun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berasal dari Sabah menjalani latihan di kem berkenaan sejak 2 Januari lalu dan akan tamat pada 13 Mac depan. Menurutnya, mangsa yang pengsan dihantar ke Hospital Selayang, namun gagal diselamatkan sebelum mayatnya dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana sawan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, keluarga mangsa sudah menuntut jenazah Syed Abdul Rahman yang dijadual dikebumikan di kampung neneknya di Kampung Masjid Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata berdasarkan rekod, Allahyarham pernah menerima rawatan sekali akibat batuk di kem itu. Katanya, setakat ini, pihaknya menunggu laporan penuh bedah siasat pelatih terbabit yang dijangka siap dalam dua minggu.

“Berikutan itu, keluarga pelatih berkenaan layak menerima khairat kematian RM5,000 dan insurans nyawa RM50,000,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui.

*Al-fatihah,,,,,,,,
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ugut terjun bangunan kalau tak dpt cuti bulan Ramadan!
Ugut terjun bangunan kalau tak dpt cuti bulan Ramadan!
08-13-2010 1,614 Views 0 Replies
Abang robohkan kediaman adik
Abang robohkan kediaman adik
08-10-2010 1,514 Views 0 Replies
Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok
Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok
08-19-2010 1,087 Views 0 Replies
Aloha Dari Ocean gurl
Aloha Dari Ocean gurl
12-26-2013 1,943 Views 1 Replies
Kedatangan ku harap diterima
Kedatangan ku harap diterima
12-29-2010 3,470 Views 4 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#2
02-28-2011, 12:26 AM
tringat lak mase kt kem Tegas mesra, selama, perak dulu..mase cti ke mse da tmat ltihan gk nye..ad cntc2 ngn membr2 skola..diorang ckp btl ke oni ptah kaki mse kt kem cz tjatuh mse bt flyingfx. cis..sape la yg bt khbar angin 2. oni pnye la sikit pn xde cdera mse dok sane..ad plak ptah kaki. kureng btl laa.. Dodgy
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
02-28-2011, 01:11 AM
hihihi wah oni merasa la PLKN ek? ok tak? sonok ker? hehee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Zaibo Pelakon dan Pelawak Terkenal Meninggal Dunia Mr.Pingu 0 1,408 11-14-2018, 03:21 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia?? Mr.Pingu 0 3,220 07-18-2014, 05:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Abang meninggal Dunia dibelasah Ayah kerana ingin keluar bekerja Mr.Pingu 0 2,069 07-07-2014, 02:39 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia Mr.Pingu 0 2,152 07-05-2014, 02:17 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Takziah: Seniman Vateran Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Mr.Pingu 0 2,231 05-06-2014, 02:55 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Meninggal dunia ketika sedang dibicarakan Mr.Pingu 0 2,134 07-31-2012, 11:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Osman Kering Meninggal Dunia di Hospital UKM Mr.Pingu 0 2,095 06-29-2012, 06:58 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Latiff Ibrahim meninggal dunia di IJN Mr.Pingu 1 2,916 02-27-2012, 01:39 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Aktor Hebat Jackie Chan meninggal Dunia akibat kompilasi Jantung? Mr.Pingu 0 2,152 12-18-2011, 11:16 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia Mr.Pingu 4 6,694 10-11-2011, 04:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Paul Baran Pengasas Arpanet (now internet) meninggal Dunia Mr.Pingu 0 1,697 04-08-2011, 12:40 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Solat berjemaah semasa konsert rock Mr.Pingu 0 1,392 10-22-2010, 10:56 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:48 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend