11-19-2010, 09:50 AM

Selepas di kenakan saman ke atas kegagalan untuk memperkenalkan servis WiMax mereka, kini YTL Communications Sdn Bhd memperkenalkan servis WiMax atau 4G
Untuk menjayakannya, YTL Com memeterai perjanjian bersama beberapa syarikat luar

YTL Com memperkenalkan sambungan 4G dimana melaluinya, mereka berharap akan dapat mengubah Malaysia kepada suatu pusat rangkaian yang paling inovatif.
YTL Com dijangka akan menyediakan sambungan internet WiMax paling pantas di dunia, dimana untuk menjayakannya, mereka akan melabur lebih RM2.5 billion.

YTL Com mengatakan yang mana, kebanyakkan operator yang menyediakan WiMax masih menggunakan teknologi 802.16d yang mana tidak menyokong servis mudah-alih, dan sebaliknya YTL Com akan mengguna-pakai teknologi 4G WiMax yang membawa sokongan mudah-alih. Untuk menjayakannya, mereka bekerjasama beberapa syarikat luar seperti Cisco, Clear dan juga Samsung.
Sebelum ini, YTL Com dikenakan saman sebanyak RM1.9 juta kerana kegagalan untuk memperkenalkan WiMax kepada pasaran. YTL telah pun membuat rayuan, dan masih menunggu maklum balas dari pihak SKMM.
Sumber : Amanz | Informasi Komputer dan Teknologi Semasa

