03-03-2012, 06:35 AM
Kau tetap di hati
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
HARUS diakui, kisah tentang Penghibur Nombor Satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sudah terlalu banyak diceritakan. Sejak mula beliau menjejakkan kaki ke dunia seni selepas menjuarai Bintang RTM 1976 sehinggalah ke hari terakhir hayatnya, kisah Allahyarham tidak pernah putus menjadi bualan orang.
Setiap tahun, Allahyarham akan terus 'hidup' apabila menjelangnya Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri kerana lagu-lagu popularnya seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita, Dari Jauh Ku Pohon Maaf dan Selamat Hari Raya.
Sesungguhnya pengabdian dan pengorbanan Allahyarham Sudirman yang digelar penghibur rakyat ini memang cukup besar dan sebagai satu dalam sejuta.
Lantaran itu, tidak hairanlah apabila setiap kali pada tarikh 22 Februari, bekas peguam ini akan terus diingati oleh teman-teman rapat dan mereka yang mempunyai kenangan tersendiri dengan beliau.
Setiap kali 22 Februari menjengah, kisah tentang Sudirman dibuka dan diceritakan kembali. Mungkin ada sesetengah pihak merasakan apakah lagi yang hendak diceritakan tentang Sudirman memandangkan selama 20 tahun kisahnya tidak henti diperkatakan.
Begitu juga dengan ahli keluarganya terutama kakaknya, Datin Rodziah Arshad dan anaknya, Razman Azrai Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Atai yang tidak pernah putus menjadi tumpuan setiap tahun.
Sehinggakan mereka sendiri dengan penuh hemah menolak untuk ditemu bual dan bercerita tentang insan yang mereka sayangi. Kata mereka, sudah terlalu banyak cerita tentang Sudirman dikongsi bersama masyarakat.
Namun pada petang yang mendamaikan itu, Rodziah dan Atai tidak lokek untuk berkongsi luahan hati mereka yang rupa-rupanya sudah lama dipendam.
Dalam pertemuan yang berlangsung di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Rodziah dan Atai merasakan sudah tiba masanya pihak kerajaan melakukan sesuatu untuk menghargai jasa Sudirman.
Tidak hanya sekadar mengadakan majlis tahlil dan program hiburan, tetapi anak-beranak itu telah mengesyorkan agar sebuah yayasan ditubuhkan atas nama penghibur itu.
"Saya sendiri terfikir mengapa tiada langsung inisiatif daripada kerajaan untuk mewujudkan sebuah yayasan atas nama arwah Cokman (panggilan untuk Sudirman).
"Jasanya dalam dunia hiburan terlalu besar. Mengapakah tiada pihak melakukan sesuatu untuk menghargai sumbangannya itu? Jika ada sebuah yayasan, ia adalah cara terbaik untuk terus melakukan aktiviti yang berkaitan dan dana yang diperolehi itu boleh disalurkan ke dalamnya.
"Ini bukan untuk kepentingan keluarga kami tetapi ia adalah untuk memberi semula kepada masyarakat terutama yang berkaitan dengan seni," luah Atai sambil disokong oleh Rodziah yang berada di sebelahnya.
Kata Atai yang merupakan seorang bekas penyanyi itu lagi, apa yang menyedihkan keluarganya apabila tiada pihak yang mengambil tindakan untuk menjaga hak intelektual milik arwah seperti lukisan dan video persembahannya.
Apa yang dipelihara setakat ini hanyalah lagu dan lirik tulisan Allahyarham yang menjadi milik Warner Music. Ujarnya lagi, jika ada pihak yang prihatin dan bertanggungjawab ke atasnya, tidak mustahil ia mampu membawa pulangan yang besar untuk disalurkan kepada yayasan tersebut.
"Seharusnya perkara ini dijalankan oleh mereka yang mempunyai bahan dan dana yang mencukupi. Kalau hanya mahu mengharapkan peminat dan ahli keluarga untuk menggerakkannya, ia memang tidak akan menjadi kenyataan.
"Kami bersuara bukan hanya untuk arwah Cokman semata-mata tetapi juga bagi seluruh karyawan seni tanah air. Lihatlah sahaja bagaimana nasib yang menimpa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dia seorang seniman agung dan figura legenda tetapi cukupkah kita menghargainya selama ini?.
"Bukan hanya tentang yayasan, tetapi adakah pihak-pihak yang berkaitan menghargai sumbangan arwah Cokman di atas jasanya selama ini?.
"Jika ada pihak luar yang mengatakan Sudirman adalah institusi muzik di negara ini, mengapa tidak ada pihak yang membuka mata tentang itu?," jelas bapa berusia 39 tahun yang memiliki dua cahaya mata ini lagi.
Hanya mendiamkan diri dan tersenyum manis sepanjang Atai berbicara, perlahan-lahan Rodziah membuka cerita tentang impian adik kesayangannya itu untuk memartabatkan dunia seni tempatan.
Impian tinggal impian
Kata Rodziah, adiknya itu mengimpikan untuk menubuhkan sebuah akademi bagi melatih dan mendidik bakat-bakat baru dalam menjadi seorang penghibur yang disegani. Malah ujarnya, Allahyarham sendiri sudah membayangkan untuk menghasilkan sebuah program seperti American Idol dalam usahanya mencungkil bintang baru untuk diketengahkan.
"Impiannya juga besar di mana dia mahu membawa bakat-bakat tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Seperti mana yang semua sedia maklum, Allahyarham melakukannya untuk masyarakat dan bukan untuk dirinya semata-mata.
"Pengorbanannya juga memang cukup besar dan rasanya tidak ada artis yang memiliki personaliti sepertinya. Semuanya dilakukan dengan usaha dan dari poketnya sendiri. Barangkali itu yang tidak diketahui oleh ramai orang.
"Untuk setiap persembahannya, walaupun dibayar dengan jumlah yang sedikit, beliau tidak menolaknya. Sebaliknya, dia sendiri yang mengeluarkan bajet dan mendapatkan khidmat pemuzik serta penari yang terbaik.
"Begitu juga dengan props, kostum dan konsep persembahannya yang semua dilakukan sendiri oleh beliau. Sedikit pun arwah tidak berkira kerana itu dia mahu memberikan kepuasan kepada peminat dan juga dirinya sendiri," cerita Rodziah lagi.
Sementara itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan satu majlis tahlil dan konsert tribute sebagai mengenang pemergian Sudirman yang juga juara Bintang RTM 1976.
Majlis tahlil yang berlangsung pada 23 Februari itu berlangsung di Masjid Muhammadi, Angkasapuri, Kuala Lumpur merupakan kali kedua dianjurkan oleh stesen televisyen tersebut.
Malah sebagai menghargai sumbangannya dalam bidang seni, RTM menerusi Orkestra RTM turut mengadakan persembahan khas sempena memperingati Allahyarham.
Konsert Sudirman... Abadi Di Hati di Auditorium Perdana, Wisma Radio yang berlangsung malam Jumaat lalu itu ternyata berjaya mengimbbau kembali kenangan lagu-lagu popular Sudirman yang dipetik daripada 15 buah albumnya.
Diiringi 40 pemuzik Orkestra RTM, konsert yang turut disiarkan secara langsung di TV1 itu diberi susunan muzik baru dan dipersembahkan beberapa artis popular antaranya Datuk Sharifah Aini, Alyah, Dayang Nurfaizah, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.