Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 7 8 9 10 11 ... 24 Next »

zaiton Sameon nak buat come-back

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
zaiton Sameon nak buat come-back
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-23-2012, 01:04 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ingat lagi dengan Zaiton Sameon? Beliau sangat popular sekitar 80-an dengan lagu berhantunya menaruh harapan. Lama benar tak dengar perkembangan daripada artis yang seorang ini. Rupanya, beliau telah menempuhi kehidupan yang susah lebih-lebih lagi selepas terlibat dengan satu kemalangan maut yang mengorbankan anaknya. Ada yang tuduh dia dah tak siuman dan tak boleh lagi menyanyi. Ikuti cerita daripada beliau

Quote:
KUALA LUMPUR: Penyanyi Zaiton Sameon akan membuktikan kepada masyarakat dirinya masih mampu menyanyi walaupun dituduh kononnya dia tidak waras selepas kemalangan ngeri 22 tahun lalu.

Zaiton, 55, yang popular dengan lagu Menaruh Harapan berkata, dia akan membuktikan keupayaannya itu pada Konsert Amal Kebajikan Zaiton Sameon yang akan diadakan di Dataran Sungai Kerang, Pantai Remis, Perak pada 7 April depan.

"Selepas mengalami kemalangan ngeri pada 21 Februari 1990 yang menyebabkan kematian anak saya, ramai pihak tidak mempercayai kepada kebolehan saya menyanyi dengan baik.

"Melalui konsert ini saya akan buktikan bahawa saya masih mampu menyampaikan lagu dengan baik," ujarnya kepada mStar Online pada majlis sidang media konsert itu di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Zaiton memberitahu, selama ini dia menampung kehidupan dengan menyanyi di majlis kahwin dan hanya dibayar sebanyak RM100 hingga RM200 selain mengadakan beberapa persembahan di kelab.

Ujar Zaiton, dia terpaksa menerima tawaran itu kerana tidak mendapat kepercayaan daripada pihak penganjur untuk mengundangnya sebagai artis jemputan.

"Saya terpaksa buang rasa malu demi menampung kehidupan dengan menyanyi di majlis orang kahwin kerana tidak mendapat kepercayaan daripada penganjur. Itu pun jarang-jarang orang panggil.

"Bagaimanapun saya tidak boleh merungut kerana itu adalah rezeki saya," ujarnya.

Bercakap mengenai konsert itu nanti, Zaiton berkata, dia akan menyampaikan sebanyak 10 buah lagu pada konsert itu nanti.

Tambahnya, antara lagu yang bakal disampaikan adalah Siti Payung, Perigi Biru, My Way, Black Magic Women dan Kabut Serangkai Mawar.



Antara artis yang bakal turut serta dalam konsert itu nanti adalah Ali (Terra Rossa), Baggio (Damasutra) dan Farhana Jalil.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Fredie Fernandez berkata, konsert tersebut dibuka kepada umum secara percuma dan penonton boleh menghulurkan derma kepada Zaiton menerusi tabung yang disediakan.

Freddie memberitahu, usaha itu adalah sebagai membantu penyanyi itu meringankan bebannya yang semakin dilupakan oleh peminat.

"Idea asal bagi mengadakan konsert ini adalah dari salah seorang daripada ahli Karyawan iaitu Azmi Zahari yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan artis di negara ini.

"Kehadiran khalayak ke konsert itu terutama peminatnya amat dialu-alukan kerana sudah lama Zaiton tidak mengadakan persembahan di hadapan peminat. Sambil berhibur peminat boleh menderma," ujarnya.

Freddie berkata, artis-artis yang ingin sama-sama menjayakan konsert berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubunginya.

Dalam perkembangan sama, Freddie berkata, selain Pantai Remis konsert itu turut akan diadakan di Raub, Pahang, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan dan Tanjung Karang, Selangor. Bagaimanapun tarikh untuk persembahan di lokasi tersebut masih belum ditetapkan.

Kepada peminat dan individu yang ingin membantu Zaiton mereka boleh menderma terus ke akaun peribadi atas nama Zaiton Sameon menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 14192-41-00003343-0.

Sebarang pertanyaan mengenai konsert berkenaan juga boleh menghubungi Azmi 019-2280479 atau Ahmad 014-7176276 untuk keterangan lanjut.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
10-14-2010 2,022 Views 0 Replies
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
08-27-2010 2,654 Views 1 Replies
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
11-09-2010 3,003 Views 0 Replies
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
01-09-2011 9,977 Views 1 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 6,964 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 07:16 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend