Impian tercapai
Oleh Rozdan Mazalan
2010/08/11

DARIPADA 800 peminat yang hadir, hampir sebahagian daripada mereka memiliki rakaman eksklusif melalui telefon bimbit konsert Fenomena Faizal Tahir yang bakal disiarkan Aidilfitri nanti. Bukan saja rakaman penuh diambil untuk kenang-kenangan, malah kerja belakang tabir persediaan di atas pentas pun sempat dirakam peminat yang tidak mahu melepaskan peluang merakam setiap detik manis penyanyi kesayangan mereka.
Begitulah terujanya peminat Faizal setiap kali mengetahui di mana saja dirinya berada, di situlah peminat tidak akan melepaskan peluang dan inilah yang dikatakan Fenomena Faizal Tahir sempena konsert muzikal Aidilfitri. Konsert yang begitu bertenaga dengan gabungan penyanyi bersuara tinggi dengan penekanan penggunaan kesan khas dari sistem lampu dan LED, pentas yang kreatif amat bersesuaian dengan semangat rockensteiners penyanyi yang sudah menceburi bidang nyanyian sejak empat tahun lalu.
Pada rakaman konsert yang dilakukan di Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu, Faizal tidak tampil berseorangan malah ditemani tiga penyanyi yang memiliki suara lantang iaitu, M Nasir, Adibah Noor dan Azlan The Typewriter. Menurut Faizal, ketiga-tiga penyanyi yang diundang untuk menjayakan konsertnya adalah pilihan terbaik dan pernah memasang impian untuk bersama mereka. Mereka adalah pilihan saya. Sebenarnya ramai lagi yang saya cadangkan namun ada juga yang tidak berkesempatan kerana memiliki komitmen lain.
Saya memilih M.Nasir kerana pengalamannya dan dia begitu konsisten di dalam industri muzik serta memiliki koleksi lagu-lagunya yang cukup saya suka. Betapa bangganya saya apabila dapat bersamanya berkongsi satu pentas dalam konsert ini. Adibah Noor juga antara penyanyi yang saya minati kerana kelantangan suaranya yang memukau penonton. Sebenarnya saya terharu apabila sebelum ini dia begitu berani mengundang saya di dalam persembahannya sedangkan ketika itu saya baru saya keluar dari program realiti One In A Million (OIAM).
Bagi Azlan pula, saya kagum dengan vokalnya yang tinggi. Sebenarnya di dalam perancangan menerbitkan album dulu, saya memasang impian untuk berduet dengannya menerusi lagu Gerak Hati dan pada konsert ini akhirnya saya dapat berduet dengannya, katanya yang cukup berpuas hati menjayakan konsert yang bakal disiarkan menerusi TV3 pada 11 September jam 6 petang.
Biarpun baru berkecimpung di dalam industri hiburan sejak empat tahun lalu, ditanya mengenai judul Fenomena Faizal Tahir seakan menggambarkan Faizal Tahir sudah berpengalaman berabad tahun di dalam industri, penerbitnya Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) berkata, kejayaan demi kejayaan yang dirangkul dalam masa yang singkat membuktikan dia antara artis tempatan yang berjaya. Di dalam industri hiburan tanah air, Faizal Tahir memang sudah mencipta fenomenanya sendiri melalui kejayaan dan anugerah yang dirangkul. Bukan mudah artis baru sepertinya mencapai kejayaan sepertinya.
Menerusi konsert ini juga kita menggabungkan lagu-lagu kejayaannya menerusi Anugerah Juara Lagu yang dimenanginya dalam bentuk medley. Antara lagunya Mahakarya Cinta, Sampai Syurga, Cuba dan Bencinta. Pemilihan Faizal adalah berdasarkan permintaan peminat sendiri, justeru itu pihak produksi kami mengadakan perbincangan dengan Faizal untuk merealisasikan program ini, katanya yang turut dibantu kumpulan muziknya sendiri iaitu Royal FT Force yang dianggotai oleh Rizal (gitar), AG (gitar), Fly (bass), Jenk (drum) dan Genervie Kam (keyboard).
Program muzikal sempena Raya ini dimuatkan dengan enam segmen kesemuanya di mana Faizal Tahir memulakan persembahan secara solo dengan Medley AJL. Dua persembahan seterusnya bergandingan dengan Azlan The Typewriter untuk lagu Kelibat Si Penyair, Gerak Hati dan Adrenalin. Persembahan Faizal Tahir dengan Adibah Noor memilih lagu Sejujur Hatimu, Terlalu Istimewa dan Selamat Malam. M. Nasir dan Faizal Tahir meneruskan persembahan solo dengan dua lagu dari album barunya, iaitu Hanyut dan Superhero serta sebuah lagu Bryan Adams, Have You Ever Really Love A Woman dengan set akustik.
Konsert sempena Aidilfitri ini juga tidak ketinggalan menyajikan lagu Selamat Hari Raya yang dipopularkan Ahmad Jais menjadi aksi penutup Fenomena Faizal Tahir bersama artis jemputannya.