Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN |

>>> PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

BLOGLIST: | GEMPAKZ |  | LIRIK |  | KARAOKE |  | PROMOSI | | MR.PINGU |

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Gaji Kakitangan Awam naik melalui sistem baru
10-01-2011, 05:03 PM
Post: #1
Gaji Kakitangan Awam naik melalui sistem baru
Salam.. Benarkah Gaji Kakitangan Awam akan naik lagi? Jika benar maka bersyukurlah bagi kakitangan awam yang ada di Malaysia. Sekurang-kurangnya mereka boleh menyara kos sara hidup yang semakin meningkat. Namun bukan mudah untuk menaikkan gaji kakitangan awam disebakan bilanganya yang sangat banyak dewasa ini. Kerajaan perlu mencari inisiatif untuk meningktakan pendapatan negara. Pada masa yang sama, rakyat juga perlulah membantu kerajaan malaysia dengan mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Saya tahu ramai yang suka melancong dan menghabiskan banyak wang ke luar negara. Jika boleh kurangkanlah aktiviti ini ya walaupun anda sememangnya seorang yang berduit kerana hal ini akan effect kepada kemerosotan ekonomi negara dan menjadikan negara semakin miskin.

Quote:Berita penuh: Malaysian Insider

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB. Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran. Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote

JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<

10-09-2011, 12:38 AM
Post: #2
RE: Gaji Kakitangan Awam naik melalui sistem baru
Syukur Alhamdulillah.. Bulan 12 akan ada bonus separuh bulan gaji.. dapatla merasa sikit.. Hope kenaikan gaji tu boleh cover utk sara hidup.. Dengan barang-barang makin mahal. Geram juga dengan penjual barangan yang suka-suka hati menaikkan harga barangan tanpa belas kasihan kepada pengguna. Rakyat semakin miskin kerana kuasa membeli semakin kurang.. :-(

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
Post Reply 


Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies Views: Last Post
  Kenaikan Gaji kakitangan Awam 2013 Mr.Pingu 0 872 03-13-2013 04:42 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Separuh Gaji Penjawat Awam 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri Mr.Pingu 0 913 07-26-2012 03:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  SBPA 2012: Perang Kakitangan awam?? Mr.Pingu 0 1,003 12-23-2011 03:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  1.4 Juta kakitangan kerajaan menikmati faedah melalui SSM Mr.Pingu 0 620 12-07-2011 09:49 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini Mr.Pingu 0 1,380 12-04-2011 03:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bajet 2012: Bonus, naik gaji, lanjut umur bersara untuk penjawat awam Mr.Pingu 0 1,744 10-08-2011 06:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget 2012: Belanjawan 2012 ada kenaikan gaji kakitangan awam Mr.Pingu 0 2,521 10-08-2011 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget 2012: Belanjawan 2012 kakitangan awam bakal dapat durian runtuh Mr.Pingu 0 929 10-08-2011 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu

Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook