NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Budget 2012: Belanjawan 2012 kakitangan awam bakal dapat durian runtuh
#1
Cakap pasal gaji naik mmg laju je masing-masing. Bertuahlah bagi sesiapa yang merupakan kakitangan kerajaan. But still thinking kenaikan tu berapa je.. Tunggu dan lihat ajer

Quote:siolann.com

Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi. Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus. Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya

sumber: bharian
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kenaikan Gaji kakitangan Awam 2013 Mr.Pingu 0 2,273 03-13-2013, 04:42 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Durian Runtuh: Tabung haji umum Bonus 8% Mr.Pingu 2 2,912 02-09-2013, 03:00 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Tangisan Penduduk Gaza Palestin 2012 Mr.Pingu 0 2,503 11-20-2012, 12:09 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kadar Tol Diturunkan sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 Mr.Pingu 0 2,950 08-10-2012, 02:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Separuh Gaji Penjawat Awam 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,155 07-26-2012, 03:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Hari Raya 2012 Kakitangan Kerajaan Mr.Pingu 0 2,397 07-21-2012, 04:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pilihan Raya Umum ke 13 2012 atau 2013? Mr.Pingu 0 2,311 06-28-2012, 09:14 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Minum arak: Pelajar IPT ditahan ketika sambut tahun baru 2012 Mr.Pingu 0 1,802 01-09-2012, 09:05 PM
Last Post: Mr.Pingu
  SBPA 2012: Perang Kakitangan awam?? Mr.Pingu 0 2,371 12-23-2011, 03:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini Mr.Pingu 0 2,655 12-04-2011, 03:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  SKIM baru SBPA 2012 Mr.Pingu 0 2,362 12-04-2011, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget Belanjawan 2012: Versi Pakatan rakyat Mr.Pingu 0 2,070 10-09-2011, 11:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gaji Kakitangan Awam naik melalui sistem baru Mr.Pingu 1 3,656 10-09-2011, 12:38 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bajet 2012: Bonus, naik gaji, lanjut umur bersara untuk penjawat awam Mr.Pingu 0 3,076 10-08-2011, 06:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget 2012: Belanjawan 2012 ada kenaikan gaji kakitangan awam Mr.Pingu 0 3,762 10-08-2011, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal Mr.Pingu 0 1,741 08-27-2010, 06:38 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)