NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Budget 2012: Belanjawan 2012 ada kenaikan gaji kakitangan awam
#1
Kalau bercerita pasal Budget, mesti ramai yang sangat tertunggu-tunggu, lebih-lebih lagi bagi kakitangan kerajaan (Macam I la) hehe.. Yela Gaji kakitangan kerajaan kan ciput (jeles dengar kawan2 keje swasta ada yg dpt bonus 6 bulan gaji.. 7 bulan gaji). Kalau ada bonus sikit-sikit tu bolehla gak nak merasa. Dengar-dengar ada kenaikan gaji. So layan je la berita kat bawah ni:

Quote:darkbatman.com

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13. Difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12. Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen. Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber. Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kenaikan Gaji kakitangan Awam 2013 Mr.Pingu 0 2,274 03-13-2013, 04:42 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Tangisan Penduduk Gaza Palestin 2012 Mr.Pingu 0 2,503 11-20-2012, 12:09 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kadar Tol Diturunkan sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 Mr.Pingu 0 2,951 08-10-2012, 02:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Separuh Gaji Penjawat Awam 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,156 07-26-2012, 03:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Hari Raya 2012 Kakitangan Kerajaan Mr.Pingu 0 2,398 07-21-2012, 04:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pilihan Raya Umum ke 13 2012 atau 2013? Mr.Pingu 0 2,311 06-28-2012, 09:14 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Minum arak: Pelajar IPT ditahan ketika sambut tahun baru 2012 Mr.Pingu 0 1,802 01-09-2012, 09:05 PM
Last Post: Mr.Pingu
  SBPA 2012: Perang Kakitangan awam?? Mr.Pingu 0 2,371 12-23-2011, 03:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini Mr.Pingu 0 2,656 12-04-2011, 03:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  SKIM baru SBPA 2012 Mr.Pingu 0 2,362 12-04-2011, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget Belanjawan 2012: Versi Pakatan rakyat Mr.Pingu 0 2,070 10-09-2011, 11:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gaji Kakitangan Awam naik melalui sistem baru Mr.Pingu 1 3,656 10-09-2011, 12:38 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bajet 2012: Bonus, naik gaji, lanjut umur bersara untuk penjawat awam Mr.Pingu 0 3,076 10-08-2011, 06:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget 2012: Belanjawan 2012 kakitangan awam bakal dapat durian runtuh Mr.Pingu 0 2,169 10-08-2011, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)