Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Siti ke Mekah lagi , alhamdulillah.

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Siti ke Mekah lagi , alhamdulillah.
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 12:15 AM
Sengaja, wanita jelita mesra disapa dengan panggilan Siti ini membiarkan dirinya sibuk untuk tempoh itu supaya dapat melangsaikan segala tanggungjawab sebelum bercuti panjang.

Hujung minggu lalu, penghibur tersohor itu sempat menjengah kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang, memenuhi undangan ‘reunion’ Sekolah Menengah Clifford (SMC), tempat Siti menuntut ilmu sehingga di tingkatan lima. Kesempatan itu digunakan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa untuk bertemu ibu tercinta, Salmah Bachik serta sanak saudara.

Sehari sebelum tiba di desa yang cukup permai itu, Siti baru pulang menunaikan umrah di Makkah dan pemergian ini sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Alhamdulillah, saya dan suami selamat menunaikan umrah dan berada di Makkah sempena Nisfu Syaaban pada 24 Julai dan kami berada di sana dari 24 hingga 29 Julai.

“Memang impian kami berdua untuk setiap tahun dimurahkan rezeki untuk berada di Makkah sewaktu Nisfu Syaaban dan juga Ramadan. Pemergian ini sebenarnya adalah hal yang tidak perlu diuar-uarkan kecuali kalau ditanya, saya akan jawab,” katanya.

Pemergian Siti menunaikan ibadat itu bukanlah pertama kali. Boleh dikatakan hampir setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, Siti kerap ke Tanah Suci Makkah menunaikan ibadat selain memohon keberkatan serta memohon hajat.

“Seperti biasa, saya akan berdoa merangkumi segala-galanya daripada hal peribadi, keluarga, rezeki, kejayaan, kesihatan termasuk kesejahteraan buat seluruh umat Islam,” katanya.

Sepanjang di Makkah menyerahkan seluruh tumpuan melakukan ibadat, sahabat baiknya, siapa lagi kalau bukan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti (KD) dilanda kontroversi. Janda Anang Hermansyah itu mencium teman lelakinya, jutawan Timur Leste, Raul Lemos di hadapan media Indonesia ketika sidang media di Jakarta. Perbuatan KD mendapat kritikan penduduk di Indonesia hingga KD memohon maaf. Ternyata semua ini turut memberi tempias kepada Siti apabila peminatnya di Malaysia menganggap perbuatan KD itu memalukan dan menjatuhkan maruah wanita. Mereka meminta Siti menasihatkan KD malah tidak kurang yang menyindir Siti atas perlakuan KD itu.

Dengan tenang, Siti mengatakan setiap manusia melakukan kesilapan dan apa yang terjadi pada KD adalah pengajaran buat dirinya dan pasangannya, Raul.

“Semoga KD belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya lagi kerana dia adalah idola peminatnya,” katanya enggan mengulas panjang.

Pada temubual yang diadakan secara eksklusif itu, penyanyi yang melonjak dengan lagu Jerat Percintaan ini sempat berkongsi pengalamannya sepanjang belajar di SMC. Sudah 14 tahun Siti meninggalkan alam persekolahan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1996.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,741 Views 0 Replies
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
08-10-2010 2,266 Views 0 Replies
Fasha sanda Cantik berpurdah
Fasha sanda Cantik berpurdah
09-05-2010 2,141 Views 0 Replies
Realiti seorang menteri besar
Realiti seorang menteri besar
08-08-2010 7,254 Views 10 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,307 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 06:54 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend