Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Soi Lek serang Umno, PAS dakwa guna agama raih sokongan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 12:28 AM

Dr Chua: Kami mendapati Umno menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan daripada komuniti Melayu.

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu — kenyataan yang dijangka mencetuskan kontroversi dan reaksi daripada parti-parti dan pertubuhan Melayu. Malah beliau mendakwa Malaysia juga terperangkap sebagai negara “berpendapatan tengah” lebih 10 tahun.

Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah “dasar-dasar yang tidak progresif.” “Apabila Umno dan PAS menggunakan agama untuk memperkukuhkan pengaruh mereka, kita boleh melihat beberapa dasar bukan progresif dibuat dan negara terperangkap sebagai negara berpendapatan tengah lebih 10 tahun,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen MCA Kedah di Alor Setar hari ini.

Dr Chua memberitahu MCA juga mendapati Umno menjadi semakin konservatif sejak kebelakangan ini. Umno-BN kehilangan kerajaan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Kata Dr Chua, beliau menimbulkan perkara ini sekarang agar masyarakat Cina boleh “berfikir tentang perkara tersebut.”

Malah beliau juga menekankan bahawa meskipun PAS menguasai kerajaan persekutuan satu hari kelak, ia belum pasti akan menyediakan kerajaan yang bebas rasuah kerana beberapa negara yang amalkan rasuah mempunyai penduduk majoriti Islam. “Jangan terlalu optimistik bahawa sebaik sahaja PAS memerintah, negara akan bebas daripada rasuah dan masalah-masalah lain,” katanya.

Presiden MCA menjustifikasikan kenyataannya dengan merujuk kepada pandangan blogger Syed Akbar Ali berjudul “Malaysia and the Club of Doom” yang mengetengahkan pandangan kritik mengenai negara-negara Islam. Buku itu menekankan bahawa negara-negara Islam lazimnya menekankan soal agama berbanding dengan amalan demokratik.
“Kami mendapati Umno menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan daripada komuniti Melayu. Kami membangkitkan isu ini kerana kami mahu masyarakat Cina memikirkan perkara ini,” katanya.

Kenyaatan lantang Dr Chua ini kelihatan mahu menekankan bahawa MCA, sebagai parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional, tidak harus dianggap sebagai rakan kongsi junior dalam ikatan 13 komponen itu.
Baru-baru ini MCA menjadi sasaran kritikan berhubung pendirian mereka dalam isu penggunaan kalimah “Allah”.

Selain itu The Malaysian Insider juga difahamkan wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin MCA ekoran pendakwaan terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun pembantu Dr Chua memberitahu The Malaysian Insider petang ini, presiden itu hanya cuba untuk mengingatkan masyarakat Cina akan kesan menyokong PAS. Pegawai itu menjelaskan bahawa Dr Chua mengetengahkan perkara itu untuk mengatakan bahawa Umno tiada pilihan kecuali menekankan soal agama dalam usaha bersaing dengan PAS.

p/s mula cari pasal dia nie...ke gimik dekat PRU ..
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
08-04-2010 1,340 Views 0 Replies
RM800 gaji amah tak lulus
RM800 gaji amah tak lulus
08-08-2010 1,458 Views 0 Replies
Pelajar lemas ketika ponteng di bandar baru bangi
Pelajar lemas ketika ponteng di bandar baru bangi
08-07-2010 2,093 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
04-01-2012 2,875 Views 1 Replies
business talk
business talk
06-20-2022 4,589 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Isu surat sokongan Selangor Mr.Pingu 0 1,634 08-21-2010, 11:57 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 05:22 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend