Hai semua. Kisah yang akan saya ceritakan ini merupakan kisah benar yang saya lalui beberapa minggu yang lalu. Kisah ini berlaku di rumah sewa saya di taman universiti, Skudai.
Kisahnya begini, suatu malam tu saya ada anjurkan program makan-makan bersama rakan-rakan saya. Jadi saya mula memasak selepas solat maghrib. Saya hanya selesai masak lebih kurang pukul 9 setengah. Sebelum itu, rakan-rakan saya mula datang kerumah. Sementara menunggu saya selesai masak, mereka ada yang berkaraoke di bilik saya.
Selesai saya masak dan menghidangkan makanan diruang tamu, saya berasa satu perasaan yang sangat pelik. Rumah saya berasa sangat panas sehingga saya bermandi peluh. Saya telah membuka pintu seluasnya dan memasang kipas maksimum tetap terasa panas membahang.
Namun, kami pun duduk dibawah setelah menghidang makanan. Sedang kami sedang makan, rakan di sebelah saya berbisik kepada saya bahawa dia merasakan ada makhluk halus telah memasuki rumah saya. Kemudian, dengan serta merta teman serumah saya kelihatan pelik dan mula bersuara
"Kenapa semua orang diam macam ada orang mati sahaja?"
Kami semua memang tidak bersuara namun tergamam. Kemudian, teman serumah saya itu merenung seorang demi seorang dengan pandangan yang menyeramkan. Serentak dengan itu, seorang rakan saya yang datang berkunjung ke rumah terus menghantar pesanan mesej melalui wechat kepada kawan yang berbisik kepada saya dengan mesej seperti ini:
"Did that thing follow me?"
Dan sejurus itu kawan saya terus menunjukkan mesej itu kepada saya. Namun saya diam sahaja. Selesai sahaja makan, kami bercadang untuk keluar bersantai di Diva Taman Suria, Johor Bahru untuk berkaraoke. Kawan-kawan saya mula beransur keluar dari rumah dan menunggu di luar rumah. Kawan yang berbisik kepada saya itu tanpa saya sedari telah naik ke tingkat atas rumah saya. Dia kemudian memanggil saya untuk naik keatas katanya suh tolong angkat barang.
Tiba di atas, barulah beliau bercerita. Kami bertiga termasuk housemate saya tu. Rakan saya berkata bahawa makhluk itu memang datang bersama rakan saya yang datang dari jauh tu. Sebelum itu, rakan saya yang dikatakan diekori makhluk halus itu ada berbual dengan saya dan memaklumkan bahawa beliau memang sudah terasa ada sesuatu mengekori beliau tatkala beliau melalui satu jalan yang sunyi di kawasan desa skudai. Cuma beliau tersilap kerana terus masuk kerumah dan diikuti makluk tersebut.
Berbalik kepada cerita kami bertiga, rakan saya yang berbisik tadi mengatakan makhluk itu telah pergi sebaik sahaja kami menyedari kehadirannya disitu. Namun, kerana saya melihat perangai pelik teman serumah saya tu saya terfikir bahawa beliau mungkin telah dirasuk oleh makhluk tersebut. Kerana air muka beliau memang lain dan menyeramkan. Saya terus menjerit berlari kebawah setelah ditinggalkan berdua sahaja diatas. Housemate sy tu terpinga-pinga ketika turun kebawah. Saya tak peduli saya terus keluar rumah.
Selepas itu, kami terus bergerak ke Diva dan berkaraoke. Saya hanya pulang kerumah selepas pukul 3 setengah pagi ditemani kawan saya dari Kulai. Beliau tumpang tidur dirumah saya. Akan tetapi, saya tidak boleh tidur sampai pagi memikirkan hal tersebut.
Keesokkan harinya selama beberapa hari saya tidur dengan keadaan lampu terang walaupun hakikatnya saya selalu tidur bergelap, kerana masih berasa takut. Akan tetapi selepas itu keadaan kembali seperti sediakala dan saya berasa tenteram kembali.
Cerita ini saya panjangkan kedalam group whatapp housemate saya. Salah seorang bekas housemate saya mengatakan sepanjang dua tahun tinggal bersama saya, tidak pernah berlaku apa-apa kejadian misteri. Namun, kehadirannya beberapa hari selepas kejadian tersebut di rumah saya memberi pengalaman baru kepada beliau. Beliau mendakwa telah diganggu oleh makhluk tidak diketahui ketika tidur diatas katil tingkat atas pada pukul 3 pagi. Tu la cakap besar lagi. haha..
Sebenarnya sepanjang tinggal di rumah sewa tersebut, saya sering mendengar bunyi aneh di tingkat atas ketika ketiadaan orang dirumah. Dan saya sendiri pernah mengalami gangguan demi gangguan namun tidak kerap. Wallahualam..

tags: kisah seram hantu di malaysia, kisah seram hantu di rumah, kisah hantu benar, kisah benar cerita hantu,penampakan hantu, cerita hantu sangat seram