NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kisah Sarah dan Shuib
#1
KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib dari kumpulan Sepah bagaikan ‘belangkas’ apabila ke mana-mana. Malah kedua-duanya seronok apabila ditawarkan berlakon menerusi filem Man Sewel Datang KL dan berduet lagu Cinta Itu Nyawa.

“Kami seronok dapat bekerja bersama-sama. Mungkin in sudah rezeki kami selepas berkahwin,” kata pasangan ini ketika menjalani sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Bellamy, di sini, baru-baru ini.

Shuib melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.

Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut.

Filem genre komedi itu diarahkan oleh sutardara Rahman Adam dan turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim. Ia telah selesai menjalani penggambaran di Raub, Pahang dan sekitar Lembah Klang. Biarpun di luar ramai yang mengenali Shuib sebagai seorang pelawak, namun Sarah akui suaminya merupakan seorang yang serius dan pendiam.

“Kadangkala, kami suka bermain permainan seperti menyebut warna untuk menimbulkan suasana ceria.

“Apabila saya berbual dengannya, pernah sekali dia hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang reaksi kepada cerita yang dibualkan. Rupa-rupanya dia beritahu saya yang dia sedang berfikir,” cerita Sarah mengenai karakter sebenar suaminya itu.

Mengulas sedikit tentang lakonan bersama mereka, pasangan ini tidak mempunyai banyak babak berdua.

“Saya rasa babak kami lebih banyak bersama-sama ketika berlakon drama Bujang Sepah melibatkan episod 22 hingga 26 berbanding dalam filem ini.

“Babak kami berdua hanya ‘manja-manja’ seperti bercinta di butik,” ujar Sarah yang pertama kali berlakon bersama-sama suaminya menerusi sitkom Gelak Khas.

Beralih pula kepada lagu Cinta Itu Nyawa, Sarah berkata lagu tersebut merupakan ciptaan komposer Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad.

“Lagu ini merupakan lagu duet pertama kami berdua. Setelah diteliti liriknya, kami bersetuju mengatakan ia mempunyai persamaan dengan hubungan kami.

“Mungkin orang jarang mendengar suami saya menyanyi tetapi melalui lagu ini, ia sedikit sebanyak menonjolkan tentang bakat nyanyian Shuib dan suaranya boleh tahan,” beritahu Sarah yang akan terlibat dengan persembahan sempena Minggu Setiausaha 2011 di Menara Kuala Lumpur pada 26 dan 27 April ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Tahniah la buat korang berdue.. kheheheeeeeeeeeee
Reply
#3
baru kawin biasa arr.. kalau dah lama2 nanti.. jangan sejarah berulang dah.. macam ajai n nurul... hhuhuhuhuhuhu...
Segalanya ada disini..
Reply
#4
(05-05-2011, 09:41 AM)akuccputsedut Wrote: baru kawin biasa arr.. kalau dah lama2 nanti.. jangan sejarah berulang dah.. macam ajai n nurul... hhuhuhuhuhuhu...

jgnla doakan camtu huhu.. kisah ajai dgn nurul kita pun tak tau sapa salah.. mcm dua2 keras kepala je.. huhu Dodgy
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#5
bukan nak salah kan sapa2... bukan tak doa.. cuma jangan ler menunjuk sangat.. kalau jadi pape.. kan diri sendiri yang tanggung malu and taktau nak jawab pe.. last cakap ketentuan tuhan.. pe jadah...

cuba buat biasa2 jer takleh ke..??? pelik aku dah arr..
Segalanya ada disini..
Reply
#6
hehe tgh excited kotss.. maklumalah baru lagi.. cinta masih membara.. Ko nak tau ada sorg ustaz tu cerita.. dia kata dia walaupun sudah kahwin 20 tahun, dia dgn isteri dia masih bercinta dgn hangat.. anak dh 8 tp tetap xpudar rasa cinta tu.. romantik betul..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#7
(05-05-2011, 09:56 AM)Mr.Pingu Wrote: hehe tgh excited kotss.. maklumalah baru lagi.. cinta masih membara.. Ko nak tau ada sorg ustaz tu cerita.. dia kata dia walaupun sudah kahwin 20 tahun, dia dgn isteri dia masih bercinta dgn hangat.. anak dh 8 tp tetap xpudar rasa cinta tu.. romantik betul..

tp ssh ye nk jumpe laki lagu ni.. knpe?? pingu... sila la jawab.. :p
Heart ~nad~
Reply
#8
Sbb laki byk cinta sebab paras rupa oh... Makin ilang getah makin pudarlah cintanya uhuk2..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#9
(05-13-2011, 11:41 AM)Mr.Pingu Wrote: Sbb laki byk cinta sebab paras rupa oh... Makin ilang getah makin pudarlah cintanya uhuk2..

cis!! bako je dorg ni.. bizzz
Heart ~nad~
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tidak Salah Shuib nak Cari Pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 1,232 01-08-2022, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, reaksi anak-anak Shuib yang menyentuh hati Mr.Pingu 0 669 08-09-2021, 11:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah & Shuib Calon Muzik Muzik 2012 Mr.Pingu 0 2,387 09-15-2012, 05:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Siti Sarah & Shuib Comel Mr.Pingu 0 4,400 02-19-2012, 12:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Siti Sarah & Shuib Shuib comel! Mr.Pingu 0 2,029 12-04-2011, 07:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Nama anak Siti Sarah dan Shuib Mr.Pingu 0 2,618 11-15-2011, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib Mr.Pingu 8 9,849 04-04-2011, 01:05 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan Mr.Pingu 10 12,997 03-03-2011, 05:10 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sarah Raisuddin dan Shuib bakal berkahwin 1 Januari 2011? Mr.Pingu 0 2,043 12-13-2010, 11:32 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bertunang akhirnya: Siti Sarah Raisuddin dengan Shuib sepah (Shahmira) Mr.Pingu 0 2,629 12-13-2010, 11:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sarah Raissuddin dan Shuib Sepah bakal berkahwin? Mr.Pingu 0 2,848 11-18-2010, 12:29 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)