NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tanah Runtuh Dirumah Persatuan Anak-anak Yatim
#1
Berita terbaru...

Tanah runtuh di batu 14, Hulu Langat selangor yang membabitkan rumah persatuan anak-anak yatim dan anak-anak hidayah Madrasah Al-Taqwa.
Dilaporkan 3 mayat telah ditemui, 5 telah diselamatkan dan lagi 16 orang masih belum ditemui, kemungkinan mereka masih tertimbus...

Masya'Allah.... Mohon kita smua mendoakan mereka, moga segala dipermudahkan dan mereka ditemui secepat mgkin dalam keadaan trselamat...Amin....
InsyaAllah...
Reply
#2
Pada jam 8.07 malam...

Dilaporkan lagi 2 mayat telah ditemui menjadikan kesemuanya 5 orang kanak-kanak yang telah meninggal dunia. INNALILAH...
lagi 12 orang kanak-kanak belum dijumpai..
semua kanak-kanak tersebut berumur dalam 11 hngga 14 tahun...

>> saksi mengatakan kejadian tanah runtuh tersebut berlaku pada malam semalam.

>>> mohon kita smua sama2 berdoa untuk anak-anak yatim tersebut..
InsyaAllah...


Reply
#3
22:09:57 PM

Kejadian tanah runtuh: Maklumat terkini mengenai mangsa yang tertimbus


Yang meninggal 1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.

Yang selamat
1. Khairul (9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal


Yang masih tertimbus
1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)


Maklumat terkini setakat jam sekarang.

>>> mohon kita smua sama2 berdoa untuk anak-anak yatim tersebut..
InsyaAllah...
Heart ~nad~
Reply
#4
06:44:41 AM

Semua mangsa yang terkorban berjaya dikeluarkan


KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.

Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.


Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.

Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.


Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.


Marilah kita sama2 berdoa.. semoga roh mereka dicucuri rahmat. -_-
Heart ~nad~
Reply
#5
Berita Utama.. MyMetro Ahad, 22 Mei 2011

Lenyap Sekelip Mata



SELAMAT... mangsa tanah runtuh Rumah Yatim batu 14 Ulu Langat, Mohd Khairul Annuar, 9 dihantar ke Hospital Ampang, Ampang.


HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.


Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.


“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turut tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.

Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.

“Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus,” katanya.



BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.
Heart ~nad~
Reply
#6
Berita Utama.. MyMetro Ahad, 22 Mei 2011

Gali Tanah Guna Tangan



PILU... mangsa yang selamat sebak melihat jenazah rakan yang terkorban.


HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.

Lebih tragis, difahamkan setakat jam 7 malam, seramai 14 dikhuatiri masih tertimbus iaitu 11 anak yatim dan tiga penjaga.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, enam pelajar dan seorang penjaga yang sudah diselamatkan, cedera dalam kejadian itu.

“Seramai 14 orang (11 pelajar, tiga penjaga) yang masih terperangkap berusia lapan hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Menurut saksi, runtuhan berlaku dua kali dengan kali pertama pada jam 2.15 petang.


Kawasan itu kini dijadikan zon larangan oleh polis dan orang ramai tidak dibenarkan memasukinya berikutan kemungkinan berlaku runtuhan selepas hujan lebat sejak jam 5.30 petang.

Mangsa terbabit dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba ke tempat kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.

Setakat jam 6.30 petang, seorang daripada mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Ampang, dua lagi masih di surau berhampiran tempat kejadian manakala tujuh yang cedera dihantar ke hospital sama, selain Hospital Kajang.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat biarpun dalam keadaan hujan lebat.

Difahamkan, ketika kejadian itu, semua kanak-kanak itu berada di dewan makan rumah anak yatim itu.

Saksi, Pak Mat, 40, berkata ketika kejadian, dia yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian terdengar bunyi runtuhan lalu segera berlari ke situ.

“Sebaik tiba, saya nampak beberapa kanak-kanak tertimbus akibat tanah runtuh. Dalam keadaan kelam kabut, saya segera gali dengan tangan dan berjaya menarik dua kanak-kanak (yang meninggal).

“Saya kasihan melihat keadaan pelajar berkenaan. Air mata menitis kerana terbayangkan nasib mereka yang masih mentah,” katanya hiba.

Seorang lagi saksi, Sham, 29, berkata sebelum kejadian dia terdengar bunyi paluan kompang dari khemah di kawasan rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon abangnya mengatakan berlaku tanah runtuh di situ.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga pelajar daripada tertimbus. Sebelum diselamatkan, ada pelajar terperangkap dalam runtuhan hingga ke paras pinggang.

“Biarpun mereka cedera, saya lega dapat menyelamatkan mereka. Cuma terkilan masih ramai lagi yang terperangkap,” katanya.



BANTU... antara anak yatim yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh.

Heart ~nad~
Reply
#7
Nad rase nak nangis lak bace berita ni.. hukhuk.. sedihnya nanges
Heart ~nad~
Reply
#8
Berita Utama.. MyMetro Ahad, 22 Mei 2011

Tiga faktor kejadian



BAHAYA... kelihatan pergerakan tanah ketika hujan di Hulu Langat, semalam


KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).

Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.
Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.


“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.


Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk.

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa.

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008.

“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit.

“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk.

Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan.

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.
Heart ~nad~
Reply
#9
sedih sgt2.. itulah sebab jgn buat rumah / baguna di pinggir bukit seba memang bahaya.. lbh2 lagi yg telah terhakis kerana kurangnya sokong yang kuat..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#10
(05-22-2011, 07:09 PM)Mr.Pingu Wrote: sedih sgt2.. itulah sebab jgn buat rumah / baguna di pinggir bukit seba memang bahaya.. lbh2 lagi yg telah terhakis kerana kurangnya sokong yang kuat..

hmm tu la.. tadi pun tengok berita.. khemah tu dipasang kat belakang asrama.. bila tanah runtuh.. memang la tak sempat.. Sad
Heart ~nad~
Reply
#11
kisah tanah runtuh menimbus manusia di Malaysia ni bukan kali pertama.. di da byk kali... huhu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Hairul Nizam Anak Melayu Bina Mataf Ka’abah Mr.Pingu 0 2,161 09-30-2013, 05:59 PM
Last Post: Mr.Pingu
  BOMOH Rogol anak Gadis Mr.Pingu 0 2,789 12-25-2012, 01:27 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ibu temui dua anak perempuan dirogol dua lelaki dalam bilik tidur Mr.Pingu 0 4,086 12-03-2012, 11:20 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Beranak Teguk Arak di Bulan Ramadan Mr.Pingu 0 1,899 08-03-2012, 09:56 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Pengasuh enggan serah kembali anak Mr.Pingu 0 1,545 02-07-2012, 04:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
Tongue Anak Gajah Takut ditimbang Mr.Pingu 4 4,894 01-12-2012, 11:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Al Kisah anak kartunis lepat yang dilarikan 13 tahun dahulu Mr.Pingu 1 17,853 12-23-2011, 01:55 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bapa hempas anak lapar susu Mr.Pingu 4 4,328 12-15-2011, 05:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mengandungkan Anak Ayah kandung?? Mr.Pingu 0 2,355 11-02-2011, 03:20 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Menyusukan Anak Lembu Mr.Pingu 0 2,487 10-01-2011, 09:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak gadis 14 tahun hamil dirogol Bapa Tiri Mr.Pingu 0 3,763 08-14-2011, 04:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Kartika ditemui mati lemas Mr.Pingu 0 1,889 05-10-2011, 01:32 PM
Last Post: Mr.Pingu
  9 anak 'buang' ibu kuat makan Mr.Pingu 0 1,630 10-22-2010, 10:43 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ibu Buang Anak Sebab Dirogol Majikan! loritah 0 1,815 09-19-2010, 09:37 AM
Last Post: loritah
  Pilu disisih perhatian anak loritah 0 1,448 09-07-2010, 12:24 AM
Last Post: loritah
  Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak Mr.Pingu 0 1,760 08-22-2010, 02:06 PM
Last Post: Mr.Pingu
  anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan Mr.Pingu 0 1,698 08-20-2010, 02:49 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan Mr.Pingu 0 1,816 08-19-2010, 06:03 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ibu, tiga anak pergi serentak mawar_hijau 0 1,513 08-17-2010, 10:18 PM
Last Post: mawar_hijau
  Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang Mr.Pingu 0 1,794 08-17-2010, 08:32 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)