NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Penyanyi Philippines , Gary V mahu menumpang populariti Datuk Siti Nurhaliza?
#1


KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2011: Sungguhpun penyanyi dari Filipina, Gary Valenciano atau Gary V, 47, tidak terlalu mengenali penyanyi tempatan, namun penyanyi yang mendapat jolokan Michael Jackson Filipina ini berhasrat mahu berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Malah, Gary V yang sudah berpengalaman sebagai penyanyi dan komposer selama 28 tahun itu berbesar hati untuk mencipta sebuah lagu untuk isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa.

"Saya memang tidak kenal artis dari Malaysia. Namun, saya pernah dengar lagu-lagu terbaik dari sini. Secara jujur, saya merasakan lagu di Malaysia ada yang lebih baik serta sama taraf dengan lagu antarabangsa. Pada kebiasaannya, saya mendapat tahu tentang lagu dari Malaysia ini dari anak saya sendiri yang juga penyanyi di Manila dan juga menerusi pihak pengurusan saya.

"Selepas mendengar apa yang dikhabarkan media di sini, saya yakin lagu Melayu dan suara terbaik yang saya pernah dengar sebelum ini adalah milik Siti Nurhaliza. Kalau boleh saya ingin berjumpa dengannya selain mahu berduet dengan dia. Jika diberi peluang, saya juga mahu mencipta sebuah lagu untuknya. Itu pun sekiranya dia sudi.

"Bukan saja Siti, saya juga mengintai peluang bekerjasama dengan artis Malaysia lain. Tidak kisahlah artis lelaki atau pun perempuan. Kalau ada band lagi bagus. Yang penting, sekarang ini saya masih lagi mengkaji dan makin jatuh cinta dengan muzik Malaysia. Sebelum ini, saya pernah terkejut dan tidak menyangka, lagu yang terbaik yang pernah saya dengar itu datangnya dari orang Malaysia," kata Gary yang tidak sabar untuk membeli album dari Siti Nurhaliza.

Bercerita mengenai lagu bahasa Melayu berjudul Ayu yang dihasil dan dinyanyiankannya sendiri, Gary yang sudah melahirkan 27 buah album mengakui mahukan kelainan setiap kali berkarya.

"Saya memang sentiasa menunggu perkara yang baru. Sebelum ini, saya pernah datang ke Malaysia tapi sebagai pelancong saja. Bagi saya, orang Malaysia sangat berbudi bahasa dan mempunyai muzik yang sangat indah . Sebab itulah saya tak sabar untuk bekerjasama dengan artis di sini. Saya juga akan datang ke Malaysia lagi pada 13 November depan sempena showcase saya.

"Kenapa baru sekarang saya ke sini selepas 28 tahun menjadi penyanyi di Manila? Hidup kita ni penuh bermusim, jadi baru sekarang masa yang sesuai. Sebelum ini saya pernah dapat tawaran untuk berkarya di sini, tetapi baru sekarang saya nampak dan menerima tawaran yang baik.

"Kebetulan pula saya mahu kematangan dalam muzik saya. Lagipun tawaran yang saya ada sekarang ini mempunyai landasan konkrit yang kukuh," ujarnya.

Menyentuh mengenai proses merakamkan lagu Ayu, Gary mendakwa dia belum pernah lagi bersua muka dengan penulis lirik dan penyusun muzik untuk lagu berkenaan.

"Bahasa Melayu memang sungguh indah. Saya mengambil masa selama 2 jam untuk merakam lagu ini. Saya rekod lagu ini di Manila. Bila saya rekod lagu ini, saya rasa kelakar sebab orang yang berikan komen itu adalah orang Manila dan tak tahu bahasa Melayu.

"Mengenal lirik lagu ini, ia tiada kena mengena dengan hidup saya. Saya serahkan bulat-bulat kepada penulis lirik untuk mengolah jalan cerita. Saya percaya dengan dia dan dia boleh memberikan ekspresi yang baik," jelasnya.

Kedatangan Gary ke Malaysia bersempena mempromosikan single pertamanya dalam bahasa Melayu Ayu. Selain itu, Gary yang dibawah label Muzikon juga dibawa ke sini untuk memberitahu tentang program The Digi Present Gary V Live In Malaysia 2011 Tour yang akan diadakan di Hotel Horizon, Kota Kinabalu pada 12 November ini dan di Wisma Fui Chiu pada 13 November nanti.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 981 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Nephiaxe bertemu Dato Seri Siti Nurhaliza Mr.Pingu 1 1,416 09-08-2019, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen Mr.Pingu 0 2,282 06-30-2014, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Lentera Timur Datuk Siti Nurhaliza dijual di Jepun Mr.Pingu 0 2,388 01-06-2014, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza bimbang terkena Penyakit Kanser Rahim dan Kanser Payudara Mr.Pingu 0 2,255 12-05-2012, 12:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sekitar Persembahan Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvokesyen UTM 2012 Mr.Pingu 0 2,714 10-11-2012, 03:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Jum Follow Twitter Datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 2,519 10-10-2012, 01:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  2012 Tuah Buat Datuk Siti Nurhaliza - Kehamilan pertama Mr.Pingu 1 6,737 03-30-2012, 02:42 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza terbit Realiti TV Tiru Gaya Artis Mr.Pingu 0 2,574 10-01-2011, 01:45 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza berpadu suara dengan Pit Bull, Alicia Keys dan Sean Kingston? Mr.Pingu 0 2,621 09-11-2011, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Nurhaliza menyertai Universal Music Malaysia Mr.Pingu 0 2,110 08-18-2011, 10:48 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza beli penthouse Lebih 20 juta! Mr.Pingu 0 2,576 05-25-2011, 08:07 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Doakan Datuk Sit Nurhaliza hamil dan menimang cahaya mata Mr.Pingu 0 4,613 02-09-2011, 08:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza, 16 Tahun di industri Seni Tanahair Mr.Pingu 0 2,343 01-19-2011, 02:04 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Happy Birthday ke 32 buat Datuk Siti NUrhaliza Mr.Pingu 0 2,887 01-11-2011, 01:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza belum terfikir untuk bersara menyanyi Mr.Pingu 0 1,740 12-13-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Props Siti Nurhaliza Kena Curi Mr.Pingu 0 3,778 12-08-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 2,985 11-09-2010, 01:26 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rumahtangga Saida ( Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Goyah? Mr.Pingu 6 7,172 10-21-2010, 09:11 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza batal Konsert di Penang sebab mengandung? loritah 0 2,409 09-19-2010, 09:32 AM
Last Post: loritah

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)