Hantu Nenek Tua Tanpa kaki
Suatu hari, adik lelaki saya terjaga daripada tidur sekitar 5 pagi sebelum subuh. Dia menjenguk ke luar rumah melalui tingkap kaca. Beliau terkejut melihat susuk wanita tua berdiri di sebelah kereta abang ipar yang parking di laman rumah.
Asalnya, adik saya berfikir nenek saya yang ingin datang kerumah memandangkan rumah nenek hanya dihadapan rumah ibu bapa saya. Setelah diamati dengan lebih jelas, adik saya mendapati nenek tua tersebut bukan nenek saya dan nenek tua tersebut tidak mempunyai kaki!!
Adik saya terus memandang nenek tua tersebut yang pastinya adalah hantu dan susuk tersebut tidak berganjak dan masih berdiri disitu. Adik saya masuk di dalam bilik untuk mengambil telefon bimbitnya dengan niat untuk mengambil gambar. Namun selepas kembali semula ke tingkap, susuk nenek tua tersebut sudah tiada disitu.
Begitulah kisahnya hantu nenek tua tanpa kaki. Seram tak? Mujur saya tidak pernah menemuinya.

Kereta kepunyaan abang ipar yang mana hantu tersebut berdiri disebelahnya