NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kisah hantu menyerupai manusia + hantu jelmaan
#1
First of all aku nak bgtau yang cerita ini adalah benar dan bukan rekaan. nak percaya atau tidak terpulanglah pada korang. aku malas nak cakap byk. so layan aje K. Ok disini ada 2 kisah yang aku nak cerita yang berlaku kepada family aku. disebabkan itu aku berani nak cerita sbb mmg terbukti benar bagi aku.. ok. kisahnya begini.

Kisah pertama:
Actually sejak aku lahir, aku telah tinggal di satu rumah yang agak usang juga. kata ibu, asalnya rumah kami duduk tu rumah tinggal. tuan rumah sudah berpindah ke Johor bahru (Rumah aku duduk tu di satu kampung di batu pahat, Johor). Asalnya ibu kata kawasan rumah tu memang semak samun. tak ada jalan pun untuk masuk kesitu. Disebabkan ibu bapaku orang susah, dia gigihkan juga tinggal disitu dengan bayaran amat murah. sewa dikenakan hanya RM 20 / bulan. Ayah pun start membersihkan rumah tersebut. Akhirnya bersihla semak samun tu. kata ayah, masa mula-mula membersihkan rumah itu, dia menemui seekor kucing Hitam yang sangat misteri. macam penunggu rumah tersebut. tapi selepas itu kucing tu hilang dr rumah tu.. Ok.. itu kisah pasal asal usul rumah yang aku duduki.. kisah mula-mula masuk kerumah itu berlaku sekitar tahun 1982.

Ok.. kisah dimana hantu menyerupai ini berlaku ketika kakakku belum berkahwin. aku xpasti tahun bila kalau tak silap sekitar 7-8 tahun lepas. satu malam tu Ibu tidur lewat malam kerana menonton televisyen di ruang tamu. kemudia dia tergerak nak memandang arah belakang. dia tiba-tiba terkejut kerana melihat akakku menjenguk dari atas dinding bilik umah kami. sebenarnya dinding bilik rumah saya ni xpenuh. ada ruang kosong sedikit di atasnya yang mana boleh la kita nak jenguk ruang tamu dr dalam bilik. ibu nampak kakak menjenguk ruang tamu dr atas dinding bilik. tp ibu pelik sbb akak senyap aje. and pelik jugak sebab akak ni bukan jenis yang suka menjenguk macam tu. tapi tak la pelik sbb itu memang bilik akak sy.. then, keesokkan harinya emak tanya kenapa ko senyap je sambil menjenguk keluar dr atas dinding bilik tgh2 malam?? then akak kata dia dah tidur awal malam itu and xde bagun tengah-tengah malam. so emak sgt terkejut. takkan akak nak tipu pula.. so, sapekah yang menjenguk dari atas dinding rumah tersebut??

Ok.. kisah kedua dari rumah lamaku. Ini berlaku kepada aku sendiri. ketika itu aku masih bersekolah rendah. satu hari aku berada sendirian dirumah. kemudian tiba-tiba aku mendengar ada orang memanggilku. ingtkan ibu yang panggil setelah kembali dari pasar. tapi suara itu sayup-sayup and kedengaran dari bawah rumah. (rumahku rumah kampung yang ada ruang di bahagian bawah). kemudian aku mula menjenguk bawah rumah. tapi xde sesiapa.. and peliklah jika ibu berada di bawah rumah. buat apa je nak masuk bawah rumah tu?? tak lama lepas itu ibu kembali dari kedai.. huhu.. aku mmg pasti hanya aku sahaja berada dirumah ketika itu.. aku pelik sehingga kini kerana tak tahu sapa yang telah memanggil aku tu..

Kisah Kedua
Ok.. kisah kedua berlaku kepada pakcik-pakcikku. Ok. pakcikku ada Hobi yang best, iaitu mendekut burung ayam-ayam. atau sebahagian orang panggil burung wak-wak.. yang warna hitam putih tu. tempat yang best untuk mendekut ialah di sekitar sawah padi kerana disitu banyak burung-burung ini. One day, pakcikku berdua pergi mendekut kat sawah ni (di satu kampung area kawasan muar). diorang cukup happy sebab dapat banyak burung. Orang kata kalau nak tangkap burung ni jgn tamak sbb ada penunggunya. tetapi mmg betul.. sbb, pakcikku terlhat seekor burung yang sangat-sangat besar (sebesar manusia) terbang melalui mereka. then mereka paham la itu tanda amaran.

Ok habis mukhadimahnya.. ok berbalik kepada hantu menyerupai ni. pakcik aku bawak motor. then kawasan sawah padi tu mmg besar nak ke satu tempat mmg bawak motor. then satu kejadian berlaku. Pakcik aku berdua membonceng motor utk ke tempat lain. yang peliknya, pakcik aku yang sedang bawak motor nie pelik sbb sorg lagi pakcik aku yang menumpang ni senyap seribu bahasa.. dia rasa xsedap hati.. then dia pun patah balik kat tempat asal dia mula-mula trn td. then dia ternampak pakcik aku sorg lagi menjerit kata kenapa dia kene tinggal. then bila dia tgok belakang, dah xde sapa dia bonceng kat belakang.. tetibe rasa seram and terus balik rumah. Tapi malam tu mmg habuannya banyak. pakcik aku berjaya tangkap burung ayam-ayam sekitar 30 ekor +. dia guna jaring and alat mendekut (ala-ala seruling la) utk panggil burung dtg.

Kisah lain berkenaan burung..
alang-alang dah cerita pasal burung, aku nak bukak cerita benar yang berlaku kepada kawan aku ni. kecil-kecil dia mmg budak nakal. Orang panggil dia mat Kilat. mata dia besar. kulit hitam legam. sampai sekrang aku ingat muka dia walaupun aku da xtau mana dia tinggal. Hobi dia masa kecik suka melastik burung. aku xtahu la napa dia suka menyiksa burung nie. bila lastik kene burung tu pun sakit jatuh ke tanah. aku xtahu apa dia buat kat burung-burung tu.. tp mmg xpatut la.. ok.. ni satu jugak pengajaran boleh kita ambil. One day.. dia duduk sorang dirumah. masa tu aku ingat sekitar pukul 8 malam. Rumah dia xbegitu jauh dr umah aku, dalam 500 meter je. satu malam tu aku dikejutkan dgn budak ini yang dtg kerumah aku sambil menanges teresak2.. mukanya sgt takut.. so ayah aku tanya, kenapa? dia kata dia terjumpa burung yang sangat-sangat besar dlm rumahnya.. lebih besar dr manusia.. and kelihatan sangat menakutkan.. dia kata dia terus terjun dr tingkap and lari ke rumah aku,.. itulah kisahnya dia yg suke menyiksa burung telah bertemu "hantu Burung" xlama lepas tu dia pindah rumah.. rasanya dia balik ke negeri asalnya kedah. Actually rumah dia tu sgt keras. Hanya dia dan datuknya sahaja mampu bertahan lama duduk di rumah itu. katanya sbb datuknya ada ilmu.. sebelum-sebelum ni dah byk family keluar masuk rumah tu sbb tak tahan.. and dia dan datuknya yang terakhir tinggal disitu, and sehingga kini tiada yang berani tinggal disitu.. tapak umah tu dah jd tanah terbiar sejak bertahun lamanya.. sehingga aku dh dewasa ini..

sekian sahaja.. mungkin xseram tp ini diceritakan dr kisah benar. nak percaya tak terpulak pada korang kau mls nak ckp lebih2Sleepy
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
sebenarnya dinding bilik rumah saya ni xpenuh. ada ruang kosong sedikit di atasnya yang mana boleh la kita nak jenguk ruang tamu dr dalam bilik.

nad x phm sgt yg ni.. explain ckit cmne 2..Huh

Quote:
PERKATAAN mendekut mungkin agak asing bagi golongan muda tetapi bagi orang lama, ia cukup sinonim dengan aktiviti menangkap burung wak-wak.

Wak-wak adalah spesies burung seakan-akan ayam, berekor pendek dengan hampir keseluruhan badan berwarna hitam dan berdada putih. Saiznya besar sedikit daripada puyuh. Burung ini amat pantas menyusup tetapi kelemahannya, tidak mampu terbang tinggi.

Menurut penduduk Kampung Padang, Kepala Batas, Pulau Pinang, Abdul Aziz, 62, spesies burung ini boleh didapati dengan banyak sekitar hujung tahun.

“Aktiviti menangkap wak-wak biasanya dijalankan sekitar awal November hingga hujung Januari. Pada waktu ini, wak-wak banyak keluar bagi memakan sisa-sisa padi yang telah dituai.

"Menangkapnya memerlukan beberapa peralatan seperti pukat, lampu suluh di samping alat paling penting iaitu serunai yang berfungsi sebagai pemanggil,” katanya.

Menurut Abdul, tiupan serunai yang diperbuat daripada buluh sepanjang sejengkal itu mampu menarik perhatian wak-wak yang bersarang sekitar sawah padi. Hasilnya, burung akan menuju ke arah bunyi sebelum tersangkut pada pukat yang dipasang.

Bagaimanapun Osman Bakar, 57, mempunyai cara lebih baik bagi menangkap dan menikmati daging wak-wak yang lazat digoreng berempah. Katanya, aktiviti mendekut pada hari ini sudah diubah suai agar lebih mudah. Caranya ialah menggantikan tiupan serunai kepada kaset yang telah dirakam bunyi-bunyian menyerupai kicauan wak-wak.

“Apa perlu dilakukan cuma pasang pukat setinggi dua meter, halakan pembesar suara dan mainkan bunyi kicauan. Sangat mudah sampaikan dan pada masa sama, kita boleh menonton televisyen di rumah.

“Empat lima jam kemudian, pergilah menyuluh pukat. Jika bernasib baik sudah ada wak-wak yang terlekat,” katanya.

Bagaimanapun, cara ini lebih sesuai dilakukan penduduk yang tinggal berdekatan sawah padi sahaja. Sedangkan jika penjebak dari luar kawasan, mereka mungkin hanya membuang masa menunggu.

Mesti ada ilmu

Walaupun gembira memperoleh wakwak, mengalami kejadian pelik dalam proses menangkap burung ini adalah perkara biasa bagi penjebak.

Mohamad Tahir Yusof, 62, dari Kampung Baru, Guar Petai, Tasek Gelugor berkata, rata-rata penjebak sering mendapati bukan sahaja wak-wak yang muncul apabila serunai ditiup!

“Melihat bebola api melintasi pukat sebelum hilang begitu saja adalah perkara biasa. Kadangkala, terdapat cebisan kain putih berterbangan sekitar kawasan pukat.

"Hal sebegini boleh membuatkan penjebak beredar dengan tangan kosong dan pulang dalam keadaan takut,” katanya.

Bagi Norazim Mohd Idris, 45, dari Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, sejak kecil dia sudah biasa mendengar mitos orang tua-tua bahawa wak-wak mungkin mempunyai ‘penjaga’. Maksudnya, burung ini dipelihara oleh orang bunian jadi kalau ingin menangkapnya perlu ada sedikit ilmu.

Menceritakan pengalamannya mendekut, Norazim berkata, kadangkala dia diganggu oleh sesuatu yang mendesak agar meninggalkan kawasan mendekut. Biasanya ‘arahan’ dimulai dengan bulu roma naik meremang sebaik serunai ditiup.

“Kadang-kadang muncul angin kencang secara mendadak di tempat mendekut. Apabila kita beredar sedikit dari situ, deruan angin pun hilang.

"Maknanya ‘dia’ tak izinkanlah tu, lebih baik beredar. Ada ketikanya pula, tiba-tiba saja kawasan mendekut penuh dengan kabus putih. Bila itu berlaku lebih baik beralih tempat kerana sampai pagi pun memang tak akan dapat wak-wak,” ujarnya.

Begitu pun menurut bapa kepada empat anak ini, segala kejadian yang meremangkan roma penjebak, mungkin hanya mainan perasaan kerana masa untuk menangkap spesies ini bermula dari peralihan waktu antara lewat petang dengan awal malam.

Waktu maghrib atau senja, sememangnya sinonim dalam budaya Melayu merupakan waktu makhluk halus berlegar.

“Bagaimanapun sejak melibatkan diri dengan aktiviti menjebak wak-wak tidak pernah pula saya terkena sampuk sampai jatuh sakit, sekadar diganggu perasaan takut sahaja.

"Tapi apa-apa pun, berwaspada pasti lebih baik,” katanya merendah diri.
Heart ~nad~
Reply
#3
fenin2 da bce cite nieee......... (".)???
Reply
#4
cite rpe jer arr si pingu nih tak seram pung.. tapi tak terkeluar arr tajuk tuh... aku nak pi citer kat kesah seram sana... sini tak sesuai arr.. hihihihi
Segalanya ada disini..
Reply
#5
ni kisah benar la. maksud pingu dinding xpenuh tu maksudnya dinding tu dibina meninggalkan sedikit ruang di bahagian atas, tidak ditutup sepenuhnya.. huhu .. cecube bygkan.. hahaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
(05-10-2011, 01:49 AM)Mr.Pingu Wrote: ni kisah benar la. maksud pingu dinding xpenuh tu maksudnya dinding tu dibina meninggalkan sedikit ruang di bahagian atas, tidak ditutup sepenuhnya.. huhu .. cecube bygkan.. hahaa

nk cecube byg jap.. dindg x penuh.. ade ruang ats..
hmm dpt da kot ckit2.. hukhuk
Heart ~nad~
Reply
#7
Huhuu tu pun susah nak bayangkan.. Bygkanlah jamban awam yg ada dinding tp dinding tu xsampai atas.. Kalau korang manjat leh nampak jamban sebelah hahahah tu la maksud aku
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
owh... dinding macam tu ke... ckp la dr td.. adeh... cis!
Heart ~nad~
Reply
#9
Yela camtu la maksud den.. Hiuuuu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#10
oh.. tu kisah dlu2 eh.. so skrg dok situ lg ke?? baru2 ni
ada jd lg tak??
- Sabar Itu Indah -
Reply
#11
(05-11-2011, 09:40 AM)hime2010 Wrote: oh.. tu kisah dlu2 eh.. so skrg dok situ lg ke?? baru2 ni
ada jd lg tak??
saya dh pindah umah pun sejak 2 tahun lepas.. tp camne pun I rindu sgt kat umah sy.. huhu Sad
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Hantu Viral Asli atau tidak? Mr.Pingu 0 891 09-15-2020, 01:23 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bulan Puasa pun ada hantu ke? Mr.Pingu 0 1,824 06-04-2019, 08:55 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Nampak Kaki (Bertenggek atas atap) Mr.Pingu 0 1,861 01-06-2019, 02:04 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Makcik Karipap Mr.Pingu 0 1,592 12-27-2018, 12:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hantu ikut balik rumah Mr.Pingu 0 1,151 12-26-2018, 12:36 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Pocong di Jepun Mr.Pingu 1 1,839 11-04-2018, 01:29 PM
Last Post: MrCoolMan
  Hantu Penanggal Mengganggu Siswazah Universiti Mr.Pingu 0 1,665 10-15-2018, 11:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Benar: Penampakan Jelmaan Nenek Tua di Luar Rumah Mr.Pingu 0 3,009 06-04-2014, 03:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram: Hantu Mengekor masuk ke rumah Mr.Pingu 0 4,938 06-02-2014, 03:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kepercayaan orang melayu: Syaitan Iblis hantu Jembalang makhluk halus ghaib air jampi Mr.Pingu 0 2,056 01-05-2014, 01:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Cerita hantu di Ladang Getah Mr.Pingu 0 3,671 03-20-2013, 05:02 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Hantu Kopek atau hantu tetek Mr.Pingu 0 10,003 03-16-2013, 04:40 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah ayahku di tolak hantu Mr.Pingu 16 19,545 02-26-2013, 04:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hantu Syaitan Puaka itu apa sebenarnya? Mr.Pingu 0 2,380 02-22-2013, 05:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram Hantu di Kolej Matrikulasi Mr.Pingu 0 16,057 10-14-2012, 11:06 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Hantu Pocong ganggu masa tidur? Mr.Pingu 3 6,493 04-14-2012, 06:33 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hantu menjelma di Pejabat Mr.PiNGu Mr.Pingu 0 2,418 03-22-2012, 04:33 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pramugari disetubuhi, ditiduri dirogol hantu Raya Mr.Pingu 3 9,689 02-25-2012, 01:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hantu interframe dalam gambar Mr.Pingu 6 14,103 02-25-2012, 01:34 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gambar-Gambar Hantu Interframe di Indonesia Mr.Pingu 21 35,293 02-25-2012, 01:33 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)